Sihat

Ada Benjolan Misteri Di Ketiak, Bukan Sebab Kanser Payudara Je Tapi 9 Penyakit Ini Juga..

38
SHARES
benjolan di ketiak

“Alamak, ada benjolan di ketiak pula secara tiba-tiba. Orang cakap ini petanda kanser payudara!”

Sudah pasti anda akan terkejut apabila ketika membelek-belek ketiak di tandas selepas mandi, rasa macam ada benjolan di bahagian ketiak. Terus pucat muka kerana benjolan di kawasan ini dikatakan memberi tanda bahawa anda sudah terdedah dengan kanser payudara!

Sabar, jangan panik..walaupun anda berisiko tetapi anda kena tahu juga punca kenapa benjolan ini terbentuk supaya boleh dicegah dari awal.

Baca juga: Miss V Bau Busuk Sebab Tak Cuci Bersih? Doktor Cakap Ada Tempat Anda Tak Perlu Cuci Pun!

BENJOLAN DI KETIAK PETANDA KANSER PAYUDARA KE?

benjolan di ketiak

Ketulan atau benjolan pada ketiak boleh berlaku tidak kira pada lelaki atau wanita di semua peringkat umur. Walau bagaimanapun, ketulan di bawah lengan boleh menunjukkan risiko bahawa anda terdedah dengan kanser payudara!

Namun, menurut pakar di laman Healthline, kebanyakan ketulan ini tidak berbahaya dan biasanya disebabkan oleh pertumbuhan tisu yang tidak normal. Walau bagaimanapun, ketulan ketiak boleh dikaitkan dengan masalah kesihatan asas yang lebih serius dan anda harus meminta doktor anda menilai sebarang ketulan luar biasa yang anda miliki.

Antara punca yang menyebabkan tertimbulnya benjolan misteri di bahagian ketiak ini antaranya adalah:

-Jangkitan bakteria atau virus

-Lipoma (biasanya tidak berbahaya, pertumbuhan tisu lemak jinak)

-Alergik

-Tindak balas buruk terhadap vaksinasi

-Jangkitan kulat

-Kanser payudara

-Leukimia

Penyakit Lupus

-Limfoma

BOLEH JADI BISUL DAN NANAH

benjolan di ketiak

Namun, awas dengan keadaan dipanggil hidradenitis suppurativa iaitu keadaan melibatkan penyumbatan dan keradangan berhampiran kelenjar apokrin folikel rambut dalam kulit. Ini biasanya menyebabkan ketulan seperti bisul yang menyakitkan yang dipenuhi dengan nanah, bocor, dan mungkin dijangkiti. Sakitnya!

Oleh itu, pemeriksaan awal boleh dilakukan terutamanya ketika mandi atau di bilik tidur untuk mengesan sebarang perubahan pada payudara seperti:

Perubahan pada puting payudara

-Struktur kulit yang berubah

-Bengkak

-Kemerahan

-Bernanah

-Benjolan pada payudara

Walaupun ada benjolan yang akan hilang secara sendiri, perhatikan juga tanda-tanda amaran yang menunjukkan benjolan ketiak berkemungkinan disebabkan oleh sesuatu masalah kesihatan yang serius adalah seperti berikut:

-Saiz benjolan bertambah

-Bilangan benjolan bertambah

-Warna kulit pada bahagian benjolan berubah

Benjolan keras dan mempunyai bentuk tidak sekata

-Struktur kulit pada benjolan berubah

Sekiranya seseorang mengalami gejala-gejala di atas, atau mempunyai sebarang keraguan terhadap benjolan yang dialami, haruslah berjumpa dengan doktor secepat mungkin supaya pemeriksaan lanjut dapat dijalankan.

*Jangan pandai-pandai memicit benjolan tersebut ya. Risau kalau makin melarat, dah tak cantik ketiak tu!

Baca juga: 10 Penyakit Popular Selalu ‘Serang’ Kanak-Kanak, Nombor 4 Paling Kesian!

Sumber: Healthline, DoctoronCall

Feature image: UNC Health Talk

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×