40 Minggu

Kena Tahu 9 Punca Keguguran Ini Setiap Kali Hamil Supaya Cubaan Seterusnya Berjaya ‘Lekat’!

15
SHARES
punca keguguran kandungan

Ternyata, rezeki untuk setiap wanita hamil itu tidak semua dapat dikecapi. Ada yang tidak perlu menunggu lama untuk hamil, ada juga yang telah mencuba berkali-kali dan mengalami keguguran malah ada yang tunggu bertahun-tahun untuk mendapat zuriat. Lantas, difikirkan apa punca keguguran kandungan ini?

Sedar atau tidak, punca kepada keguguran ini berlaku kerana kita mungkin tidak tahu masalah dalaman badan. Jadi, buat wanita yang sedang cuba untuk hamil, anda kena ambil tahu 9 punca keguguran ini supaya lebih berjaga-jaga.

Baca juga: Banyak Kali Dah Cuba Tapi Tak ‘Lekat’, Rupanya Ini Antara 5 Punca Anda Sukar Hamil

9 PUNCA KEGUGURAN KANDUNGAN, ADA YANG SUDAH BERULANG KALI!

punca keguguran kandungan

1.Hormon tidak seimbang

Ketidakseimbangan hormon juga boleh menyumbang kepada masalah keguguran. Kadangkala, badan tidak menghasilkan hormon progesteron yang cukup dan diperlukan untuk membantu mengekalkan lapisan rahim dan menyokong janin.

Berdasarkan Dr. Jonathan Schaffir, Assistant Professor of Obstetrics & Gynecology di Ohio State University College of Medicine, oleh kerana situasi ini tidak sering berlaku, kebiasannya doktor tidak akan membuat pemeriksaan melainkan anda pernah mengalami keguguran berkali-kali.

2.Masalah pada kromosom

Punca keguguran yang paling biasa berlaku ialah kelainan genetik pada embrio. Ini bermakna embrio yang sedang berkembang mempunyai ‘gangguan’ dan menyebabkan ia berhenti berkembang. Semasa persenyawaan, sperma dan telur masing-masing membawa 23 kromosom bersama-sama untuk mencipta pasangan.

Ini adalah proses yang kompleks, dan gangguan kecil boleh mengakibatkan keabnormalan genetik atau kromosom. Keguguran yang disebabkan oleh kelainan kromosom berlaku lebih kerap jika anda berusia 35 tahun ke atas.

3.Tiroid

Sama ada jenis thyroid hipotiroidisme (kurang aktif) atau thyroid hipertiroidisme  (terlalu aktif), gangguan tiroid boleh membawa kepada masalah ketidaksuburan dan juga menyebabkan keguguran berulang lagi.

Tiroid yang menghasilkan terlalu banyak hormon boleh mengganggu keupayaan estrogen untuk melakukan tugasnya, dan ia boleh menyebabkan pendarahan rahim yang tidak normal.

4.Diabetes

Ini merupakan gejala yang anda kena berjaga-jaga walaupun diabetes itu sendiri mungkin tidak menyebabkan keguguran, diabetes yang tidak terkawal boleh menyebabkan komplikasi yang boleh menyumbang kepada keguguran.

Orang yang menghidap diabetes perlu menyemak kandungan paras gula setiap hari supaya terkawal dan tidak terlebih dari apa yang diperlukan. Diabetes pada trimester pertama boleh membawa kepada peningkatan kadar keguguran dan juga peningkatan risiko kecacatan kelahiran yang besar.

5.Darah beku

Menurut pakar, keguguran akibat gangguan pembekuan darah (Faktor V Leiden), lebih jarang berlaku dan menjadi punca kepada masalah keguguran. Tetapi ia tetap akan berlaku pada sesetengah orang dan anda perlu mendapatkan pemeriksaan awal.

6.Masalah kesihatan yang kronik

Gangguan pada autoimunisasi tertentu mungkin memainkan peranan dalam menjadi punca keguguran, terutamanya dalam kes keguguran berulang. Beberapa kajian telah mendapati bahawa antibodi tertentu mungkin antara penyebab paling biasa keguguran berulang.

Antaranya adalah penyakit Lupus yang dihidapi oleh Selena Gomez. Penyakit sebegini yang boleh mengakibatkan peningkatan kadar keguguran, selalunya disebabkan oleh antibodi anti-fosfolipid yang sering dibawa oleh wanita.

Penyakit kronik lain yang mungkin dikaitkan dengan keguguran berulang termasuk penyakit jantung, penyakit buah pinggang dan penyakit hati.

7.Ada masalah dengan placenta

Walaupun seringkali berlaku semasa trimester kedua, anda boleh masalah dengan placenta seperti gangguan apabila sebahagian atau semua plasenta terkoyak dari dinding rahim. Ini yang membawa kepada kehilangan oksigen dan nutrien kepada embrio atau janin seterusnya berlaku keguguran.

8.Polysystic Ovary Syndrome (PCOS)

Inilah yang menjadi masalah kesihatan dalam ramai kalangan kaum wanita. Bagi anda yang mempunyai masalah PCOS, anda berhadapan dengan risiko keguguran tiga kali lebih tinggi daripada orang yang tidak mempunyai PCOS, menurut National Institutes of Health.

Walaupun masih ramai dalam kalangan penyelidik perubatan cuba memahami sepenuhnya mengapa risiko ini meningkat, satu teori adalah bahawa ia mungkin berkaitan dengan rintangan insulin, yang nampaknya merupakan ciri umum PCOS.

9.Listeria

Listeria merupakan jenis bakteria yang mungkin terdapat dalam daging yang kurang masak, telur mentah dan produk tenusu yang tidak dipasteurisasi. Ketahuilah bahawa jangkitan listeria (listeriosis) semasa kehamilan boleh menyebabkan keguguran.

Oleh kerana itulah anda sangat disarankan untuk menjaga jenis pemakanan seperti makan makanan yang dimasak dengan sempurna.

punca keguguran kandungan

*Buat anda yang sudah berkali-kali cuba untuk hamil, ambil masa untuk fikir semula antara semua punca yang disenaraikan ini, yang mana satu merupakan masalah anda? Kekal semangat untuk terus mencuba okay!

Baca juga: Seronoknya Bila Disahkan Hamil! Tapi…Mommy Kena Tahu 13 Perkara Ini Supaya Tak Gelabah

Sumber: Parents.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×