40 Minggu

Tips Pilih Pampers Untuk Bayi Newborn Supaya Tak Ada Ruam, Ibu-Ibu Sila Take Note!

83
SHARES
pampers newborn

Seperti yang kita tahu, kulit bayi baru lahir adalah sangat lembut dan sensitif. Jadi, pemilihan lampin pakai buang atau pampers newborn untuk mereka perlulah diberi penekanan yang lebih serius berdasarkan kondisi kulit si manja.

Bagi mengelakkan berlakukan ruam dan gatal dalam kalangan bayi baru lahir, mak ayah kena tahu tips untuk beli pampers untuk mereka. Jangan terpengaruh dengan lambakan iklan yang adan dan fokus dengan pemilihan sendiri yang dilakukan secara mendalam. Barulah anak pun tak merengek bila tidur malam.

Baca juga: Tak Perlu Tengking, Mak Ayah Boleh Guna 5 Cara Tenang Tapi ‘Deep’ Ini Untuk Marah Anak

TIPS BELI PAMPERS NEWBORN, ELAK RUAM DAN GATAL!

pampers newborn

Sebelum memilih pampers yang dijual di pasaran, perhatikan kondisi kulit bayi seperti ini dahulu:

 Warna Kulit Bayi

Ketika bayi baru sahaja dilahirkan, kulit mereka kebiasaannya akan berwarna merah tua atau keunguan. Selari dengan pernafasan bayi, kulit mereka akan berubah warna dan menjadi kemerah-merahan. Untuk beberapa jam pertama, terdapat beberapa bahagian badan bayi seperti kaki akan masih kebiruan kerana perjalanan darah masih belum berkembang.

Bukan itu sahaja, bayi juga mungkin akan mengalami ruam kemerahan di bahagian dada, punggung, lengan dan kaki. Kondisi ini disebut erythema toxicum yang akan hilang sendiri dalam masa seminggu. Oleh itu, American Academy if Pediatrics (AAP) menyarankan bahawa bayi yang baru lahir harus diperiksa terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa pembelian lampin. Oleh itu, ini tips pembelian pampers untuk bayi baru lahir yang mak ayah kena tahu.

1. Bahan bebas iritasi kulit

Tips pertama yang paling penting dalam pemilihan pampers bayi adalah kena tahu bahan apa yang digunakan. Hal ini kerana, ramai dalam kalangan bayi yang mempunyai ruam yang banyak gara-gara tidak sesuai dengan pampers yang dibeli.

Ruam yang berlaku apabila memakai pampers yang menyebabkan gesekan, tidak membenarkan kulit bernafas serta terlampau lembap menyebabkan inflamasi bahagian sulit berlaku.

2. Pampers yang lembut 

Tips seterusnya adalah memilih pampers yang mempunyai bahan yang lembut, fleksibel dan memiliki pengaliran udara yang baik terhadap kulit. Ini penting supaya pampers yang dipakai tidak terlampau ketat dan menyebabkan kawasan sulit bayi menjadi terlampau lembap yang menyebabkan ruam gatal.

3. Daya serap yang cepat dan tahan bocor

Daya penyerapan yang cepat dan tahan bocor merupakan jenis pampers yang sangat bagus untuk si manja. Menurut Parent Central Network, salah satu sebab kenapa bayi susah tidur malam adalah sebab mereka tidak selesa dengan pampers yang mudah basah. Jadi, pemilihan lampin yang cepat kering adalah sangat penting.

Salah satu cara untuk uji jenis lampin cepat kering atau tidak adalah dengan tuangkan sedikir air suam ke atas pampers yang dibeli. Kemudian, letakkan sehelai tisu di permukaan air tersebut untuk melihat daya penyerapan sama ada kuat atau tidak. Pastikan tempoh penyerapan yang baik iaitu 12 jam adalah cukup untuk bayi tidur nyenyak pada waktu malam.

pampers newborn

4. Periksa label ukuran dan kemasan

Ramai dalam kalangan ibu bapa yang sering tersalah pilih saiz pampers untuk si manja. Ada yang terlampau kecil yang menyebabkan ketat dan ada juga yang terlampau besar menyebabkan pampers terlondeh. Saiz pampers perlu selari dengan berat si manja supaya mereka berasa selesa dan tidak merengek.

5. Kira bajet terlebih dahulu

Seperti yang kita tahu, harga pasaran pampers tidaklah murah dan ada juga yang tidak mampu untuk membeli pampers bayi ini. Oleh itu, pengiraan bajet perlu dilakukan terlebih dahulu kerana pampers ini akan digunakan selama beberapa kali dalam sehari! Hal ini kerana, ada juga pampers yang mempunyai harga yang mahal tidak sesuai dan tidak menjamin kualiti yang anda mahukan. Jadilah bijak dalam memilih supaya tidak rugi pada masa hadapan ya!

*Bila tengok harga pasaran pampers sekarang, ‘tercekik’ juga dibuatnya. Patutlah mak-mak zaman dahulu gunakan lampin kain dan basuh sahaja lebih jimat kan? Tapi kena rajin lah basuh…

Sumber: Orami.co

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×