Euforia Bola 2026
Famili

Pelajar Kolej Didakwa Tik*m Bayi Baru Lahir, Mahkamah Pertimbang Hukuman Mati..Teman Lelaki Bebas

pelajar kolej

Seorang pelajar kolej berusia 19 tahun didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh bayi perempuan yang baru dilahirkan pada bulan lalu.

Tertuduh, Nurshazwen Mohd Idris, hanya mengangguk selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kesalahan membunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Baca juga: Bekas Tentera Terlepas Tali Gantung, Hukuman Bu*uh Anak Perempuan Umur 9 Tahun Diganti Penjara 40 Tahun

PELAJAR KOLEJ DIDAKWA BUNUH BAYI PEREMPUAN BERDEPAN HUKUMAN MATI

PELAJAR KOLEJ

Kredit: Sinar Harian

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian bayi perempuan yang baru dilahirkan di sebuah rumah di Taman Setia Mutiara pada kira-kira jam 10 pagi, 29 Julai lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan sekurang-kurangnya 12 kali sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, jika disabitkan kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Noratini Nik Aznan, manakala tertuduh hadir tanpa diwakili peguam.

Semasa prosiding, pihak pendakwaan memaklumkan tiada tawaran jaminan dibuat terhadap tertuduh berikutan pertuduhan yang dihadapi tidak boleh dijamin.

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan pendakwaan dan menetapkan 8 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan bedah siasat serta laporan kimia.

Sebelum ini, polis menahan pasangan kekasih yang juga pelajar kolej berusia 19 tahun bagi membantu siasatan selepas penemuan mayat bayi yang dipercayai baru dilahirkan di sebuah rumah.

PELAJAR KOLEJ

Sekadar gambar hiasan

Bayi berkenaan ditemukan dengan kesan tikaman di dalam mangkuk tandas rumah yang didiami pelajar terbabit. Kes terbongkar selepas tertuduh menerima rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) berikutan keadaan kesihatannya.

Susulan penemuan tersebut, polis turut menahan teman lelaki tertuduh bagi membantu siasatan.

Pemeriksaan lanjut mendapati tertuduh dipercayai baru melahirkan seorang bayi, manakala seorang lagi bayi masih berada dalam kandungan. Bayi kedua itu kemudiannya dilahirkan dengan selamat.

Baca juga: “Tak Berkedut Langsung!”- Tudung Tertinggal Di Rumah, Suami Jadi Tukang Hantar Selamatkan Isteri Sebelum Masuk Pejabat

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×