Euforia Bola 2026
Didik

Pelajar Luah Tinggal 4 Sen Dalam Akaun & Tak Makan 2 Hari, Dr. Asyraf Wajdi Tampil Hulur Bantuan

pelajar kolej

Luahan seorang pelajar Kolej Mara semester pertama di Perak yang mendakwa hanya mempunyai baki empat sen dalam akaun bank dan tidak menjamah makanan selama lebih dua hari mengundang perhatian ramai.

Baca juga: Baru Tahu! Anak 6 Hingga 17 Tahun Kini Boleh Naik KTM Komuter Percuma Dengan Kad RailLife, Ini Caranya

PELAJAR KOLEJ TAK MAKAN 2 HARI, DR ASYRAF WAJDI TAMPIL BANTU

pelajar kolej

Foto: Threads @luvikreal

Menerusi perkongsian di platform Threads, pelajar berkenaan meluahkan keadaan dirinya yang sedang berdepan kesukaran kewangan sementara menunggu elaun pengajian yang dijangka diterima pada September.

Menurutnya, dia kini mengikuti pengajian semester pertama dan terpaksa bertahan di kolej dengan wang yang sangat terhad. Keadaan keluarganya juga dikatakan agak mencabar apabila ibunya menghidap penyakit buah pinggang kronik tahap akhir, manakala bapanya bekerja sebagai pelukis pelan.

Saya pelajar semester satu. Elaun akan dapat bulan 9. Mak saya chronic kidney disease stage akhir, ayah saya pelukis pelan je.

“Jadi saya berada di kolej sekarang dengan baki empat sen dalam akaun bank dan sudah lebih dua hari tidak makan apa-apa selain minum air. Doakan saya, esok kena presentation pula subjek programming,” tulisnya.

Perkongsian Pelajar Raih Simpati Netizen

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai apabila rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap situasi yang dilalui pelajar berkenaan.

Malah, beberapa pengguna Threads turut menawarkan bantuan sekiranya pelajar itu memerlukan sokongan kewangan, selain menitipkan kata-kata semangat agar dia terus kuat menghadapi dugaan.

Antara komen yang mencuri perhatian ialah seorang pengguna yang menyatakan kesediaannya membantu mengikut kemampuan sekiranya pelajar berkenaan benar-benar memerlukan.

Akak tahu awak tak selesa nak DM bagi QR. Tapi kalau satu hari nanti awak betul-betul perlukan bantuan, jangan malu ya. DM je akak. Akak tak janji mampu selesaikan semua masalah awak, tapi kalau ada rezeki lebih, insyaAllah akak tolong mana yang termampu,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna turut memberi semangat dengan mengaitkan situasi itu dengan anaknya yang juga berada di semester pertama.

Aunty sedih sebab anak aunty pun sem 1. Apapun all the best tau. Belajar betul-betul buat mak ayah bangga. Kalau satu hari nanti awak perlukan bantuan, DM aunty ye,” katanya.

Asyraf Wajdi Minta Pelajar Hubungi Pegawai Mara

pelajar kolej

Foto: Threads @luvikreal

Luahan tersebut turut mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau menerusi ruangan komen hantaran itu meminta pelajar berkenaan menghubungi pegawainya bagi mendapatkan bantuan sewajarnya.

MasyaAllah, kenapa sampai tak ada duit nak makan? Tolong hubungi pegawai saya,” tulis beliau.

Tindakan pantas itu menerima pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial yang memuji keprihatinan terhadap kebajikan pelajar.

Kisah berkenaan turut menjadi peringatan bahawa masih terdapat pelajar yang berdepan cabaran kewangan sepanjang melanjutkan pengajian.

Bantuan dan sokongan daripada masyarakat sedikit sebanyak mampu meringankan beban mereka agar dapat meneruskan pembelajaran dengan lebih tenang.

Baca juga: Malaysia Cipta Sejarah! Pasukan Matematik Negara Tembusi Kelompok 20 Terbaik Dunia Dalam Olimpiad Matematik

Sumber: Threads @luvikreal 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×