Cantik

Dilabel Seksi, Wanita Dari 10 Negara Ini Dalam Kategori Punyai Payudara Besar!

1.1K
SHARES
payudara besar

“Payudara besar yang aku ada ni agaknya sama besar tak dengan pelakon Hollywood tu? Atau mereka lagi besar?”

Setiap kali menonton filem Hollywood, pasti kita akan tertarik dengan melihat saiz payudara yang dimiliki oleh orang-orang yang berada di Amerika Syarikat atau Eropah. Mana tidaknya, katanya kalau ada payudara yang besar anda akan dilabel sebagai ‘seksi’ dan menjadi idaman ramai.

Jadi, ramai yang tertanya-tanya di dalam dunia ini, wanita dari negara manakah yang seringkali mempunyai populasi lebih ramai mempunyai payudara bersaiz besar. Bukan secara plastik ya, semua ini perlu berlaku dalam kategori semula jadi sahaja.

Baca juga: Cara Dapatkan Ukuran Saiz Bra Yang Betul Supaya Payudara Sentiasa ‘Selamat’ & Selesa

SAIZ PAYUDARA BESAR WANITA DARI SELURUH DUNIA, TAK SANGKA ADA UKURAN!

payudara besar

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apabila melihat saiz payudara wanita di luar negara khususnya ‘mat salleh’ lebih besar dari kebanyakkan wanita. Hal ini kerana genetik wanita di Eropah dan Amerika Syarikat adalah lebih besar berbanding wanita yang berada di Afrika dan Asia Tenggara.

Oleh itu, berikut merupakan senarai negara dari paling besar size cup coli sehingga paling kecil berdasarkan kiraan BMI.

1. Amerika Syarikat – C (BMI 29)

2. Eropah – C ( BMI 27.1)

3. Venezuela – B-C ( BMI 26.9)

4. Colombia – B-C ( BMI 26.7)

5. Sweden – B-C ( BMI 25.4)

6. Belanda – B-C (BMI 25.3)

7. Kanada – B-C ( BMI 26.7)

8. Georgia – B ( BMI 27.7)

9. Australia – B ( BMI 26.8)

10. Bosnia Herzegovina – B ( BMI 25.3)

11. Swiss – B ( BMI 23.8)

Menurut laporan dari World Population Review, ukuran payudara setiap wanita dipengaruhi oleh beberapa faktor misalnya genetik, nutrisi dan diet, berat badan dan indeks tubuh (BMI) serta usia. Bukan itu sahaja, kitaran menstruasi normal, proses kehamilan dan menyusu pun menjadi faktor ukuran payudara menjadi lebih besar dan bervariasi.

Penting untuk anda tahu bahawa ukuran payudara mempunyai hubungan yang erat dengan status BMI badan. Jadi, jika berat badan makin meningkat, maka jangan terkejut kalau saiz ukuran payudara anda juga meningkat dan perlu membeli coli dengan cup lebih besar.

payudara besar

*Jadi, saiz anda ada dalam kategori negara yang disenaraikan itu atau tidak? Kalau ada, mungkin dah boleh ‘apply’ jadi pelakon Hollywood…

Sumber: Detik.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×