Sihat

Baru Umur 20 Tahun Dah Pekak? Ini Tips Supaya Anda Tidak Hilang Pendengaran Di Usia Muda

8
SHARES
telinga pekak sebelah

“Alamak, kenapa aku rasa telinga pekak sebelah eh? Makin lama makin pekak, tak dengar orang cakap apa..”

Pernah tak anda mengalami situasi seperti di atas? Bercakap mengenai pekak, mungkin ramai dalam kalangan kita yang merasakan bahawa ianya hanya akan berlaku kepada orang yang lebih berumur sahaja. Namun, tidak! Menurut pakar, rupanya dalam kalangan orang muda sebenarnya lebih mudah untuk pekak berbanding orang tua. Inilah sebabnya..

Baca juga: Terkejut Baca Kebaikan Minum Teh Bunga Chrysanthemum, Anda Boleh Jadi Secantik Bunga!

TELINGA PEKAK SEBELAH ATAU DUA-DUA? BETUL KE ORANG MUDA CEPAT PEKAK?

telinga pekak sebelah

“Doktor, telinga saya macam pekak la”

“Saya tengok telinga adik ni tak tersumbat. Jangkitan telinga pun takda. Mungkin ada masalah gegendang telinga”

“Saya selalu guna earphone,kadang-kadang sampai sehari. Ada kaitan tak?”

Sudah jadi trend remaja zaman sekarang menggunakan earphone/earbud/headphone samada untuk dengar muzik, main games dan tengok movies. Stylo kan?

Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) pernah melaporkan kira-kira 1.1 bilion penduduk dunia yang berumur antara 12 tahun sehingga 23 tahun berisiko mengalami masalah pendengaran kerana tahap bunyi yang tidak selamat daripada peralatan rekreasi(alat audio, konsert & tempat kerja)

Telinga manusia hanya mampu mendengar sekitar 20 Hz sehingga 20000 Hz (20kHz) dan jika ianya lebih dari itu, secara perlahan-lahan telinga akan mula hilang daya pendengaran.

TIPS ELAK JADI PEKAK DI USIA MUDA

1) Elak penggunaan ‘earbud’

Earbud mempunyai speaker kecil dengan kelantangan besar yang mampu memberikan kesan lebih besar pada pendengaran berbanding dengan headphone yang hanya dipakai di luar telinga.

2) Tetapkan setiap penggunaan earphone tidak lebih dari 90 minit

Ramai yang tidak tahu bahawa penggunaan earphone/headphone akan menghasilkan gelombang elektromagnetik yang boleh mengganggu fungsi otak.

Oleh itu, setiap 90 minit penggunaan earphone, kalian harus rehatkan telinga agar kesihatan telinga tidak merosot sehingga menjejaskan pendengaran.

3) Tetapkan tahap bunyi tidak lebih dari separuh

Kekalkan penggunaan volume earphone pada paras 60 peratus atau kurang darinya. Ini kerana kekuatan bunyi melebihi 90 desibel hingga 15 minit secara berterusan akan menyebabkan gegendang telinga mengalami rosak yang teruk.

4) Minimum Penggunaan Earphone

Bagi yang gemar memakai earphone 24 jam sehari, siang dan malam. Tabiat sebegini harus di buang, ingat telinga adalah salah satu anggota badan kita juga dan memerlukan rehat yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik.

telinga pekak sebelah

*Jangan dengar lagu kuat-kuat sangat ya..

Baca juga: Awas! Tanda-Tanda Awal Kanser Usus, Orang Muda & Kaum Lelaki Harus Lebih Waspada!

Sumber: X @Dr.Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×