Sihat

Elak Anak Dilabel Pekak, Ini Cara Buat ‘Screening’ Pendengaran Dari Bayi

4
SHARES
periksa telinga

Pendengaran merupakan deria penting bagi seorang manusia untuk terus mendengar dan berkomunikasi dengan lancar. Namun, ada juga dalam kalangan bayi yang baru lahir perlu melalui proses periksa telinga kerana mengalami masalah pendengaran.

Masalah pendengaran yang boleh dikesan sejak bayi dilahirkan mungkin kurang diberi pendedahan tentang cara untuk merawatnya. Oleh itu, berikut merupakan cara buat pemeriksaan pendengaran secara keseluruhan untuk bayi baru lahir sehingga mencapai usia tertentu.

Baca juga: Anak Autisme Jadi Doktor, Kisah Inspirasi Anaknya Dikongsikan Ibu Ini

CARA PERIKSA TELINGA UNTUK PENDENGARAN BAYI

periksa telinga

Foto: Hear and Say

Ibu bapa, penjaga dan ahli keluarga yang lain selalunya menjadi orang pertama yang melihat perubahan dalam pendengaran kanak-kanak atau bayi. Beberapa tanda yang anda boleh perhatikan adalah:

1.Tidak terkejut dengan bunyi yang kuat.
2.Tidak menoleh ke arah bunyi.
3.Lambat untuk mula bercakap atau sukar difahami.
4.Tidak perasan anda berada dekat sehingga mereka melihat anda.
5.Fokus pada bunyi bergetar lebih daripada bunyi lain.
6.Tidak menunjukkan keseronokan apabila anda membaca kepada mereka.
7.Tidak selalu menjawab apabila dipanggil, terutamanya dari bilik lain.

Jadi, inilah masanya untuk anda dapatkan rawatan dan bukan itu sahaja, anda juga boleh buat pemeriksaan semenjak mereka masih bayi lagi. Terdapat dua jenis saringan pendengaran bayi iaitu:

1.Saringan pendengaran bayi universal: Ia dilakukan ke atas semua bayi yang baru lahir. Pada ketika ini, saringan ini hanya dilakukan di beberapa hospital sahaja.

2.Saringan pendengaran bayi berisiko tinggi: Ia dilakukan ke atas bayi yang lahir dengan komplikasi seperti yang disenaraikan. Saringan ini dilakukan di kebanyakan hospital kerajaan.

Bagaimanakah ujian ini dilakukan?

periksa telinga

Foto: MyHealth

Terdapat dua jenis ujian saringan pendengaran yang boleh dilakukan ke atas bayi bagi mengesan masalah pendengaran iaitu;

1.Ujian Otoacoustic Emission (OAE)

Juga dikenali sebagai ujian pancaran otoakustik. Ujian ini dapat mengesan sebarang kerosakan pada organ pendengaran. Prob telinga yang sesuai dengan saiz lubang telinga bayi akan dimasukkan ke dalam salur telinga bayi. Prob yang telah disambungkan dengan mesin penguji akan mengeluarkan bunyi yang perlahan dan tidak menyakitkan dan organ pendengaran bayi akan memberi respon pada bunyi tersebut.

2.Ujian Automated Auditory Brainstem Response (AABR)

Ujian ini adalah untuk menguji fungsi organ dan saraf pendengaran. Tulang di bahagian belakang kedua-dua belah telinga (mastoid) dan dahi bayi akan disapu dengan gel pembersih menggunakan kain kasa dan bahagian yang telah disapu tadi akan dilekatkan dengan elektrod. Bunyi akan disalurkan melalui fon telinga dan elektrod yang disambungkan antara bahagian telinga dan dahi bayi serta mesin penguji akan mengesan gelombang otak bayi sebagai respon terhadap bunyi yang diberikan.

Apakah keputusan ujian saringan pendengaran yang akan diperoleh? Terdapat tiga jenis keputusan yang akan diperoleh iaitu;

LULUS / PASS : Organ pendengaran bayi mungkin sihat dan mempunyai pendengaran yang normal.

RUJUK / REFER :Organ pendengaran bayi mungkin tidak normal dan disyaki mempunyai masalah pendengaran. Bayi perlu menjalani ujian saringan pendengaran sekali lagi atau ujian pendengaran diagnostik bagi pengesahan masalah pendengaran yang telah dikesan.

NOISE / BISING :Keputusan ujian tidak tepat yang mana keputusan yang diperoleh dipengaruhi oleh suasana kebisingan bilik ujian atau bayi tidak senyap (menangis, bergerak-gerak) semasa ujian dijalankan. Pastikan bayi menjalani ujian pendengaran sekali lagi.

*Jadi, kalau anak ada alami tanda-tanda di atas, jangan biarkan ya. Kasihan jika ada masalah pendengaran nanti..

Baca juga: “Wahai Anakku..” – Pesanlah 7 Perkara Penting Ini Untuk Anak Yang Kian Dewasa

Sumber: HealthyChildren, Portal MyHealth

Foto: VeryWellHealth

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×