Sihat

Badan Bau Busuk Ada Kena Mengena Dengan Tahi Telinga? Ini Penjelasan Doktor!

22
SHARES
punca badan berbau

Tahukah anda orang yang memiliki tahi telinga jenis kering, kebanyakan mereka tidak mempunyai bau badan? Info menarik ini telah dikongsikan oleh seorang doktor yang berkongsikan mengenai punca badan berbau di laman Tiktoknya.

Bukan faktor tahi telinga sahaja, bahkan faktor sejenis genetik ini juga boleh mempengaruhi tiadanya bau badan. Menarik bukan? Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, ikuti perinciannya di bawah!

Baca juga: #ProjekMimpi: Pejuang Pesakit Mental Ingin Buka Studio Seni Bantu Hadapi Isu Kesihatan Ini

PUNCA BADAN BERBAU

punca badan berbau

Gambar: Dr. Qarafi Tee

Menurut Dr. Qarafi Tee, kebanyakan orang yang memiliki tahi telinga jenis kering tidak mempunyai bau badan berbanding mereka yang mempunyai tahi telinga cair.

“Korang tahu tak orang yang ada tahi telinga kering, most likely tak ada bau badan berbanding dengan kalau tahi telinga dia cair, orang itu akan ada bau badan yang menyebabkan dia kena pakai deodorant semua itu,” kata Dr. Qarafi Tee yang berkongsikan info menarik itu di laman Tiktoknya.

Beliau menyatakan lagi, perkara tersebut berlaku disebabkan oleh satu genetik yang dinamakan sebagai ABCC 11.

Tambahnya lagi, bau badan terjadi bila berpeluh, terutamanya dari bau ketiak. Di mana, kawasan tersebut akan mengeluarkan cecair dan bahan kimia tertentu. Kemudian, apabila bersentuhan dengan bakteria yang memang ada pada tubuh, akan menyebabkan badan berbau.

Baca juga: Ada 3 Bau Sperma Lelaki Untuk Tahu ‘Abang Punya’ Normal Atau Tak, Bau Manis Pun Ada!

Baca juga: Kaki Berbau Kuat Hingga Diri Jadi Malu? Ketahui Puncanya & Ini 7 Cara Mengatasi!

Kebanyakan orang Cina dan Korea memiliki genetik ABCC 11 menyebabkan jarang badan berbau

punca badan berbau

Gambar: Dr. Qarafi Tee

Manakala, orang yang mempunyai genetik ABCC 11 ini pula tidak mempunyai bahan kimia tertentu yang keluar sekali bersama peluhnya. Maka disebabkan itu, badan golongan ini tidak berbau berbanding mereka yang mempunyai genetik lain.

“Dan mostly orang Cina dan juga orang Korea yang ada genetik macam ini (ABCC 11). Disebabkan itu, jarang jumpa badan mereka berbau ataupun memakai deodorant,” ujar Dr. Qarafi Tee lagi.

Namun, faktor genetik bukanlah satu-satunya punca bau badan. Hal ini kerana, tabiat tertentu seperti pemakanan ataupun keadaan perubatan tertentu yang pernah ada sebelum ini juga boleh mempengaruhi bau badan, termasuklah orang bergenetik ABCC 11.

P/s: Nanti cuba periksa diri, tahi telinga kering ke cair?

Baca juga: 7 Jenis Makanan & Minuman Tak Boleh Makan Sekali Dengan Durian, Undang Mudarat!

Sumber: Tiktok @qarafitee

FT Image: Dr. Qarafi Tee / fragrantica

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×