Cantik

Ini 5 Cara Hilangkan Daki Leher, Baru Tak Malu Nak Menonjolkan Diri!

12
SHARES
cara hilangkan daki leher

Leher yang kelihatan berdaki dan kotor sudah pasti akan mengganggu penampilan diri seseorang itu. Malah, terdapat banyak cara hilangkan daki leher yang boleh anda cuba lakukan, yang penting jangan malas!

Sekiranya anda mempunyai masalah leher berdaki, ikuti artikel ini untuk mengetahui 5 cara mudah menghilangkannya. Semoga berjaya!

Baca juga: 3 Amalan Berpantang Penuh Selepas Bersalin, Badan Masih Terjaga Biarpun Usia 50!

CARA HILANGKAN DAKI LEHER

cara hilangkan daki leher

1. BERSIHKAN LEHER SEWAKTU MANDI

Ketika mandi, pastikan anda membersihkan bahagian leher secara menyeluruh. Mandi terlalu cepat atau kurang memberi perhatian kepada kawasan tertentu akan menyebabkan kotoran semakin sukar dibasmi.

Maka dengan itu, pastikan anda tidak meninggalkan bahagian leher terutamanya di bahagian belakang leher. Jadikan ia sebagai rutin harian supaya daki di leher beransur hilang.

2. KAWAL GULA DALAM DARAH

Kadar gula dalam darah yang tinggi merupakan salah satu faktor menyebabkan leher mudah menghitam dan berdaki.

Disebabkan itu, anda perlu mengawal paras gula dalam darah. Anda boleh mulakan dengan menjalani gaya hidup sihat seperti melakukan senaman dan mengambil makanan yang berkhasiat.

3. LAP LEHER APABILA BERPELUH

Aktiviti yang perlu berada di luar rumah dan di bawah matahari menyebabkan tubuh akan lebih berpeluh. Kalau nak tahu, leher merupakan kawasan yang selalu berpeluh.

Bagi mencegah pengumpulan kotoran dan daki, pastikan anda segera mengelap leher saat peluh mulai muncul. Disebabkan itu, kain lap atau tisu perlu sentiasa di bawa ke mana-mana sahaja.

4. EXFOLIATE KULIT LEHER

cara hilangkan daki leher

Exfoliate kulit boleh membantu menhilangkan daki di leher. Ia merupakan proses menanggalkan sel-sel kulit mati dengan bantuan produk tertentu. Anda boleh menggunakan skrub yang ada di pasaran.

MENGGUNAKAN SKRUB

  • Sapukan skrub pada muka dengan sambil mengurut produk ke leher dengan gerakan memusing.
  • Lakukan gerakan tersebut selama 30 saat, kemudian bilas dengan air bersih.

MENGGUNAKAN SPAN

  • Hindari exfoliate pada kulit leher yang luka atau sunburn.

5. GUNA BAHAN SEMULA JADI

Alternatif lain untuk membersihkan daki adalah manfaatkan bahan semula jadi yang ada di rumah.

Anda boleh menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur untuk membuat skrub sendiri. Cara ini dikatakan berkesan, mudah serta lebih murah untuk menghilangkan daki leher

Antara bahan semula jadi tersebut adalah serbuk kopi. Melalui sebuah kajian dari jurnal Analytical Methods kopi bukan sahaja bagus untuk menanggalkan sel kulit mati, malah melindungi kulit dari kuman.

Cara membuat skrub kopi:

  • Campurkan kopi dengan gula merah dan sedikit perahan lemon.

KESIMPULAN

Sekiranya anda sudah mencuba kaedah-kaedah di atas, tetapi tidak berkesan, ada baiknya anda mendapatkan konsultasi dari doktor yang bertauliah.

Sumber: Hello Sehat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×