Sihat

Nak Elak Selalu Kena Gigit Nyamuk? Kajian Cadangkan Tukar Jenis Sabun Mandi

2
SHARES
nyamuk gigit

“Kenapalah banyak sangat nyamuk gigit badan aku ni? Dekat orang lain nyamuk tak berkenan sampai macam ni pun?”

Perasan atau tidak, ada dalam kalangan anda yang sering menjadi mangsa gigitan nyamuk tidak kira di mana sahaja anda berada. Bukan sahaja anda mempunyai jenis darah yang digemari oleh nyamuk seperti yang sering dikatakan, malah salah satu punca lain adalah kerana jenis sabun mandi yang anda guna boleh menarik perhatian nyamuk!

Baca juga: Ramai Kata Lepas Kahwin Buah Dada Naik Jadi BESAR? Ini Sebabnya!

KALAU TAK NAK NYAMUK GIGIT, BOLEH TUKAR SABUN MANDI

nyamuk gigit

Foto: Self.com

Terdapat satu kajian mencadangkan bantuan untuk anda yang selalu mendapat gigitan nyamuk adalah, menukar sabun mandi yang mempunyai wangian. Hal ini kerana, wangian sabun boleh menjadikan anda sasaran yang lebih menarik, dengan nyamuk menyukai bau sabun yang digunakan semasa ujian kajian.

Para saintis di sebalik penyelidikan itu berkata nyamuk mungkin tertarik kepada sabun kerana, apabila mereka tidak menyedut darah, mereka menambah pengambilan gula mereka dengan nektar tumbuhan. Malah, nyamuk juga tertarik dengan kandungan potassium dan garam yang dikeluarkan oleh badan manusia.

Fakta untuk kita yang selalu pakai sabun bau bunga, buah-buahan dan meletakkannya pada badan kita bermakna kini objek tersebut sama bau seperti bunga dan seseorang pada masa yang sama. Ia akan menjadi seperti anda bangun dan menghidu sesuatu seperti kopi dan pastri. Sangat menarik!

Walau bagaimanapun, kajian itu juga menyatakan bahawa kesan sabun agak berbeza antara orang, mungkin disebabkan oleh interaksi antara sabun dan profil bau unik setiap orang. Jadi, kalau nak elakkan gigitan nyamuk berlaku terlampau kerap, boleh cuba untuk tukar sabun mandi anda.

nyamuk gigit

Foto: iScience

*Tapi, dikatakan bahawa sabun yang mempunyai bahan asas dari minyak kelapa terbukti dapat mengurangkan gigitan nyamuk!

Baca juga: Cara Tanam Pokok Pegaga Supaya Daun Subur & Lebar Macam Sayur Sawi!

Sumber: The Guardian, X @NaimAJPest

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×