“Alamak! Raya dah nak dekat tapi masih tak menjadi proses hilangkan bekas jerawat dekat muka ni!”
Sudah pasti ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, semua orang ingin kelihatan cantik terutama sekali kaum wanita. Bukan sahaja pakaian mesti gah, malah kulit wajah pun mesti licin dan bebas cela supaya ‘make-up’ yang dipakai kelihatan tidak bercapuk. Buat anda yang ada masalah bekas dan parut jerawat, jangan risau kerana ada cara pantas untuk hilangkan dengan menggunakan kopi. Jom cuba!
Baca juga: Cara Pilih ‘Cutting’ Baju Raya Yang Sesuai Supaya Nampak Kurus & Cun Di Aidilfitri Nanti!
CARA HILANGKAN BEKAS JERAWAT GUNA KOPI
Perlu ada kopi sebab bahan ini ada sifat semula jadi yang membantu hilangkan parut.
Bahan-Bahan:
-2 sudu serbuk kopi
-1 sudu madu
-3 sudu gel aloevera
-Cotton pad
Cara nak buat:
1.Untuk membuatnya sangat senang, mula-mula masukkan dua sudu serbuk kopi ke dalam mangkuk yang sudah diisi dengan air panas.
2.Kemudian guna mangkuk yang lain, satukan tiga sudu aloevera dan satu sudu madu, yang mana ini juga cukup membantu untuk mempercepatkan proses parut jerawat hilang.
3.Selepas itu masukkan sedikit air kopi tadi dalam mangkuk yang mengandungi aloevera dan madu. Kacau bagi semuanya sebati.
4. Seterusnya, ambil cotton pad dan potong kecil-kecil, kemudian anda boleh rendam dalam adunan tadi.
5.Boleh guna setiap malam, sapu manja-manja sahaja pada bahagian muka yang ada parut dan biarkan 15 minit. Dah cukup masa, anda boleh cuci muka ya.
*Anda boleh amalkan dengan kerap jika nak kesan yang lebih cepat. Wajah bebas cela!
@teamonmalaysia Nak hilangkan parut sebelum raya? Cuba petua ni sekarang. #petuakulitcantik #beautytips #parutjerawat #diyskincare
Baca juga: Pati Air Jamu Untuk ‘Ketatkan’ Dalaman & Awet Muda, Orang Tegur Nampak Macam 19 Tahun!
Sumber: Tiktok @TeamonMalaysia