Cantik

Orang Asyik Tegur Muka Nampak Tua, Rupanya Anda Tersalah Teknik Pakai Blusher Di Wajah!

8
SHARES
muka orang tua

Pemakaian solekan atau make up di wajah seseorang wanita itu adalah penting. Mana tidaknya, setiap hari keluar bekerja, make up di wajah akan menyerikan lagi raut muka kita supaya nampak lebih manis. Tetapi, kenapa ada juga dalam kalangan wanita yang mengatakan wajah mereka nampak macam muka orang tua apabila memakai make up?

Tanpa disedari, rupanya ada teknik pemakaian solekan yang kita tersalah buat terutama sekali dalam cara memakai blusher di pipi. Kalau tersalah cara meletakkan blusher di pipi boleh menjadi faktor wajah anda kelihatan lebih tua tau!

Baca juga: 10 Cara Mustajab Elak Wajah Cepat Berkedut, Umur Dah 40 Tahun Tapi Kulit Macam 20 Tahun!

NAMPAK MACAM MUKA ORANG TUA? RUPANYA SALAH PAKAI BLUSHER

muka orang tua

Ada perkongsian di laman X tentang cara yang betul untuk anda aplikasikan blusher di pipi supaya tidak kelihatan seperti wajah orang tua. Penting kerana dengan menggunakan cara yang betul, wajah anda akan kelihatan lebih segar!

1. Kalau nak blusher tahan lama sila pakai sebelum anda setting dengan loose powder. Blusher itu akan melekat dekat foundation so dia akan tahan lebih lama. Pakai terang sikit sebab nanti letak powder akan blurry sikit warnanya. If blurry boleh touch up sikit.

2. Apply blusher ikut bentuk muka anda semua. Kalau muka petak ikut lokasi petak untuk letak di muka.

muka orang tua

3. Kalau nak effeck makeup cute, letak dekat hidung juga akan nampak lebih comel tapi jangan letak banyak sangat nanti jadi badut.

4. Untuk tak nak bagi makeup nampak pucat. Boleh juga letak blusher satu muka cuma terangkan bahagian pipi and hidung sikit. Sebab kalau tak buat macam ni nanti muka nampak pelik. Touch up bagi blusher rata agak-agak nampak natural je.

5. Beli blusher mengikut tona kulit kita. Kalau silap pilih tona ini muka anda akan nampak pelik . Boleh refer sini.

muka orang tua

*Jangan terlampau merah sangat pipi tu, risau orang ingat baru lepas kena tampar pula..

Baca juga: 6 Jenis Beauty Mask Ini Rupanya Ada Fungsi Berbeza Untuk Kulit, Kena Pakai Ikut Kesesuaian Ya!

Sumber: X @zalyazahari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×