Cantik

Cleansing Balm VS Cleansing Wipes: Yang Mana Satu Boleh Cuci Solekan Paling Bersih?

19
SHARES
makeup remover

Buat kaum wanita, memakai solekan di wajah merupakan rutin harian yang biasa dilakukan. Jadi, setelah seharian berada di luar tidak kiralah bekerja atau bersosial, solekan wajah haruslah dicuci menggunakan pembersih atau makeup remover yang sesuai. Tapi, ramai yang keliru sama ada perlu menggunakan ‘cleansing balm’ atau ‘cleansing wipes’ yang terbaik untuk kulit.

Berikut merupakan informasi mengenai dua jenis pencuci wajah ini supaya kulit anda tidak terkesan dengan penggunaan pembersih solekan ini. Bila dicuci dengan seelok-eloknya, barulah wajah berseri-seri!

Baca juga: Muka Cantik Tapi Bibir Hitam? DIY Scrub Bibir Guna 3 Bahan Dapur Ini & ‘Tonyoh’ Sampai Pink!

YANG MANA MAKEUP REMOVER YANG LEBIH BAIK, CLEANSING BALM ATAU WIPES?

makeup remover

Menurut Dr. King dan Dr.Hatfield di laman web Skincare.com, pakar ini bersetuju bahawa kedua-dua balm dan lap solek atau wipes adalah cara yang berkesan untuk menanggalkan solek muka, tetapi terdapat beberapa perbezaan ketara antara kedua-dua kaedah tersebut.

Anda perlu tahu bahawa balm merupakan pembersih yang cenderung lebih lembut pada kulit kerana ia biasanya berasaskan minyak dan berfungsi dengan melarutkan solek pada muka, dan kemudian dibilas. Cleansing balm adalah pilihan yang lebih baik untuk membersihkan muka secara menyeluruh jika anda cenderung memakai solekan yang tebal.

Siapa yang Patut Menggunakan Cleansing Wipes & Siapa Patut Menggunakan Cleansing Balm?

makeup remover

Walaupun cleansing balm lebih disukai untuk jumlah solek yang lebih tebal, tapi cleansing wipes sudah boleh mencukupi untuk membersihkan kulit jika anda memakai solek ringan atau sederhana sahaja.

Namun, tak salah juga kalau nak guna balm ini sama ada solekan anda ringan atau tebal kerana semua jenis kulit boleh mendapat manfaat daripada menggunakan balm. Pembersih ini sangat sesuai untuk jenis kulit kering dan sensitif kerana ia tidak akan menanggalkan minyak kulit semula jadi dan menyebabkan kulit kering.

Tetapi jika anda mempunyai kulit yang sangat berminyak dan berjerawat, sel kulit mati, bakteria dan bahan yang berpotensi komedogenik dengan secukupnya, maka kaedah pembersihan yang lebih teliti seperti guna balm boleh membantu mengelakkan pori-pori tersumbat dan jerawat pecah.

*Jadi, cara yang paling disyorkan adalah kaedah pembersihan dua kali atau double cleansing. Apa yang anda perlu lakukan adalah  mulakan dengan membersihkan muka dengan balsem pembersih berasaskan minyak susulan dengan pembersih berasaskan air. Barulah bersih dan suci wajah!

Baca juga: Jeragat Muka Boleh Pudar Bila ‘Tonyoh’ Muka Dengan 2 Bahan Dapur Ini, Paling Senang!

Sumber: Skincare.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×