Cantik

Jangan Bazirkan Uncang Teh Hijau Yang Dah Minum, Boleh Guna Untuk Hilangkan Parut!

31
SHARES
cara hilangkan parut

Buntu dibuatnya memikirkan apakah lagi cara hilangkan parut di wajah yang boleh digunakan. Parut-parut di wajah inilah yang menyebabkan diri rasa kurang berkeyakinan dan cemburu melihat wajah orang lain yang bersih!

Jadi, ada satu petua yang dikongsikan dari Nurul Balqis di laman Facebooknya, menggunakan uncang teh hijau sebagai salah satu langkah mujarab menghilangkan dan mengecutkan jerawat di wajah. Nampaknya, ramai yang sudah mencuba dan berpuas hati dengan hasilnya!

Baca juga: Petua Guna Limau Asamboi Untuk Rawat Batuk Degil, Lagi Lama Peram Lagi Bagus!

CARA HILANGKAN PARUT MUKA DAN KECUTKAN JERAWAT

cara hilangkan parut

Seperti yang dijanjikan. Minggu ni Qis nak share petua/tips hilangkan parut yang baru dan bagi kecutkan jerawat secara semulajadi dengan mudah dan cepat. Hanya dengan menggunakan hampas teh hijau dan campuran yogurt asli sahaja.

Setakat harini, dah 2 minggu lebih Qis amalkan. Alhamdulillah, berjaya hilangkan parut baru dekat muka ni. Antara kebaikan hampas teh hijau dan yogurt:

– Muka terasa lembap dengan kebaikan yogurt yang bertindak sebagai pelembap dan pencerah secara semulajadi

– Hampas teh dan yogurt ni, kedua-duanya boleh membantu tanggalkan sel kulit mati tau. Masa inilah, parut baru akan hilang. Parut dekat muka Qis yang baru jadi ni, tak smpai dua minggu pun dah hilang.

– Selain tu, kedua-duanya juga dapat merawat jerawat dan mengecutkan jerawat dgan cepat. Jerawat dekat muka satu malam je dah kecut.

– Bukan itu saja, tapi boleh juga hilangkan gelap bawah mata tau. Haaaa, cayalah!

– Dan yang paling penting, kedua-duanya bertindak sebagai anti-aging. Melambatkan proses kulit berkedut.

Bahan-bahan yang diperlukan:

– Sedikit air panas
– 5 uncang teh hijau. Guna cap Boh
– Yogurt asli

1.Air panas ini untuk buat rendam uncang teh hijau tu dulu, sebab nk ambil jus teh hijau sikit nanti. Air letak sedikit saja tau. Biar ngam-ngam dengan 5 uncang teh.

2.Rendam dalam 1 min. Kemudian, bila uncang teh dah serap semua air tadi, perahkan semula uncang itu, sampai keluar jus dia.

3.Uncang tadi koyakkan, lepastu ambil hampas dia masukkan dalam air tadi. Hampas inilah, kita nak guna untik scrub dan tempek dekat muka nanti.

4.Ambil yogurt satu sudu kecil, kemudian gaul smpai rata.

5. Inilah hasilnya. Dah siap! Sekarang boleh scrub dan tempek dekat muka yang bermasalah itu.

cara hilangkan parut

*Tak perlu lah fikir lebihan hampas teh yang digunakan hanya sekali tersebut merugikan bukan?

Baca juga: Petua Paling Mujarab Tegangkan Payudara Guna Halia Dan Susu, ‘Aset’ Kembali Mantap!

Sumber: Nurul Balqis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×