Sudah memasuki minggu kedua bulan Ramadan pastinya ramai dalam kalangan kita yang sedang giat membuat persiapan membeli baju raya. Tetapi, untuk kelihatan kurus dan cantik berbusana baju raya, anda kena tahu rekaan atau ‘cutting’ baju macam mana yang sesuai dengan potongan badan.
Berikut merupakan cara pemilihan cutting baju berdasarkan potongan badan anda. Walaupun nampak leceh tapi anda kena sedar bahawa bukan semua baju yang kelihatan cantik itu sesuai dengan badan kita ya!
Baca juga: Cara Buat Bedak Sejuk Homemade, Tambah Bahan ‘Ekstra’ Ini Untuk Kulit Lebih Berseri-Seri!
KENA TAHU PILIH CUTTING BAJU RAYA KALAU NAK CANTIK, INI CARANYA..
Nak cari baju raya nanti, jangan main beli je. Cuba check dulu skin tone dan bentuk badan anda macam mana. Baru lah lawa dan sedap mata memandang. Meh sini I share cara nak pilih baju raya supaya anda tak menyesal.
Pertama sekali, anda kena tahu dulu skin tone anda apa. Macam i lebih kepada Neutral.. sebab urat i ni kadang nampak biru kadang nampak hijau. Kemudian, baru pilih baju berdasarkan body cutting.
1.Cutting duyung
Sesuai untuk anda yang bertubuh hourglass, epal, straight dan yang berbadan chubby.
2. Dart baju di depan
Tak sesuai: Untuk badan yang berisi
Sesuai : Untuk badan berbentuk hour glass, straight dan segi tiga.
3. Dart baju di belakang
Tak sesuai : Untuk badan segi tiga, jika badan anda mempunyai bahagian ke bawah itu besar
Sesuai : Untuk anda yang ada badan berisi/chubby sebab akan bagi ilusi lebih kecil.
4. Corak sama, baju dan kain
Tak sesuai : Kalau anda ada badan yang lurus tak sesuai sebab akan nampak lebih kurus dan tegak.
5. Kurung Pahang
Sesuai : Untuk yang berbadan lurus, hourglass, badan berisi dan segi tiga.
Sesuai : Dada yang berbidang kecil dan pinggul sedikit besar
6. Pesak Gantung
Tak sesuai: Untuk anda yang ada badan agak besar di bahagian pinggul.
*Selamat membeli-belah baju raya!
Baca juga: 10 Cara Mustajab Elak Wajah Cepat Berkedut, Umur Dah 40 Tahun Tapi Kulit Macam 20 Tahun!
Sumber: X @itsmemeera_