Warna baju raya trending untuk tahun 2024 adalah brick orange atau oren bata. Rata-rata memakai warna tersebut pada hari pertama lebaran.
Bagi Syawal 2025 pula, terdapat beberapa jangkaan warna baju raya yang bakal trending dan sudah pastinya akan membuatkan tampil dengan lebih cantik serta tampan.
Baca juga: Runsing Cari Warna Baju Raya? Nah, Ini 23 Idea Padanan Baju & Tudung, Memang Cun Habis!
WARNA BAJU RAYA TRENDING TAHUN 2025, CONFIRM LAKU KERAS
1. Burgundy
Warna ini mampu memberi aura kemewahan kepada si pemakai selain sesuai dengan suasana perayaan yang meriah tetapi masih mengekalkan kesopanan.
Apabila digayakan pada pakaian tradisional seperti baju kurung, kebaya, atau baju Melayu, warna burgundy menonjol dengan cara yang cukup memikat tetapi tidak terlalu mencuri perhatian.
2. Warna baju raya – royal blue
Warna baju raya 2025 yang bertemakan royal blue pasti menjadi trending kerana sentuhan elegan dan moden. Dengan tona biru yang memukau, royal blue sesuai digayakan demngan elbagai jenis fabrik seperti satin, songket, atau cotton.
3. Golden olive
Warna baju raya trending bagi tahun 2025 yang seterusnya adalah golden olive iaitu gabungan warna keemasan dan hijau. Sekiranya anda mengemari tema tradisional, warna ini sesuai dipadankan dengan aksesori berwarna emas.
4. Warna baju raya – lilac
Warna lilac pastinya akan membuatkan si pemakai lebih tampil sopan dan ayu. Warna ini mudah digayakan bersama aksesori neutral atau pastel, menjadikannya pilihan yang menarik untuk mereka yang gemar tampil lebih bersahaja tetapi ekslusif.
5. Magenta
Magenta dijangka menjadi warna baju raya yang trending pada tahun 2025. Warna ini memancarkan keyakinan serta daya tarikan tersendiri, menjadikannya pilihan ideal bagi individu yang mahu tampil menyerlah di pagi lebaran.
6. Warna baju raya – teal blue
Akhir sekali, warna baju raya dijangka trending tahun 2025 adalah teal blue. Warna gabungan biru dan hijau ini mampu membuatkan anda tampil anggun di pagi Syawal.
*Warna yang mana satu menjadi pilihan anda?
Baca juga: Tips Pilih Warna Tudung Ikut Warna Kulit, Jangan Salah Pakai Nanti Tak ‘Cun’!
Sumber: TikTok Hyfa Shop