Famili

Elak Lengan Berjuntai & Kembang, Perunding Imej Ini Kongsi Panduan Pilih Baju Raya

26
SHARES
TIPS PILIH BAJU RAYA

Para isteri di luar sana dah fikir ke tema raya tahun ini warna apa? Jangan lambat-lambat, takut nanti tak ada saiz dan design kegemaran habis pula. Jika nak tampil lebih cantik dan nampak ‘mahal’, boleh ikut tips pilih baju raya yang dikongsikan di bawah ini.

Menerusi sebuah video di laman TikTok, beberapa reka bentuk baju perlu dielakkan supaya tidak berlaku sebarang kerugian di kemudian hari kerana anda tidak dapat memakainya lagi.

Baca juga: Tips Pilih Warna Tudung Ikut Warna Kulit, Jangan Salah Pakai Nanti Tak ‘Cun’!

TIPS PILIH BAJU RAYA, JANGAN TERSALAH BELI

TIPS PILIH BAJU RAYA

Kredit: Ebay

Perkongsian oleh Wawa Idris, perunding imej, dia menyatakan bahawa wanita di luar sana perlu elak memilih design lengan baju yang gembang dan berjuntai-juntai.

Hal ini kerana, reka bentuk seperti itu ada ‘tarikh luputnya’ di mana orang tidak akan memakainya dalam jangka masa yang panjang.

“Baju raya yang ada lengan sebegini ada tarikh luputnya. Memang design ini lawa tetapi kemungkinan lawanya sekejap sahaja. Mungkin tahun depan atau beberapa tahun lagi, anda akan rasa tidak lawa bila pakai lengan kembang sebegini,” ulasnya panjang.

Jadi, pilihlah reka bentuk baju paling bersesuaian dan boleh dipakai lama tanpa ada tarikh luputnya. Antara contoh design adalah seperti lengan baju kurung moden, kebaya dan lain-lain.

“Pilihlah design yang simple, klasik, evergreen dan boleh dipakai lama. Silap-silap anak kita nanti pun, suka dengan reka bentuk baju klasik,” tambahnya.

TIPS PILIH BAJU RAYA

Kredit: Heaxabell

Kesimpulannya, pilih baju raya anda betul-betul supayaa tidak menyesal.

Semoga artikel ini memberi manfaat!

Featured image: Ebay

Baca juga: Runsing Cari Warna Baju Raya? Nah, Ini 23 Idea Padanan Baju & Tudung, Memang Cun Habis!

Sumber: TikTok Wawa Idri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×