Markah Tahap Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang diberikan oleh guru telah menimbulkan rasa tidak puas hati ibu bapa. Hal ini kerana sesetengah berpendapat bahawa markah tersebut tidak sesuai untuk diberikan.
Walau bagaimanapun, markah tahap pentaksiran bilik darjah ini bukan hanya melibatkan gred peperiksaan tetapi ia juga melibatkan beberapa perkara lain.
Baca juga: Si Manja Pasti Seronok Ada Mainan Sensori Guna Makanan, Mommy Kena Cuba Buat!
PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH, INI PENJELASANNYA
Menurut Nor Akasyah, markah TP1 hingga TP6 diberikan berdasarkan sikap murid di dalam kelas.
“Ramai yang tak puas hati dengan sistem tahap pentaksiran bilik darjah. Katanya susah nak dapat TP6 walaupun dapat markah 90 lebih belum tentu dapat TP6.”
Hari ini saya nak kongsikan macam mana boleh kumpul TP6 selain markah peperiksaan yang baik:
1. Semua kerja sekolah dan tugasan kena hantar. Yang TP 5 tu adalah tugasan yang dia tak hantar tu.
2. Bantu rakan-rakan dalam kelas. Ustazah ada bagi tahu, budak-budak yang pandai sikit akan diberi tugasan untuk bantu rakan-rakan yang lain.
3. Masuk pertandingan. Menang kalah lain cerita. Walaupun tak terpilih, boleh sukarela untuk masuk pertandingan. Macam anak murid saya, dia masuk pertandingan ICT, Matematik, Dai, Scrabble dan lain-lain. Itu yang boleh dapat TP5.
Jelasnya, untuk mendapatkan TP6 bukan sahaja perlu fokus terhadap peperiksaan dan dapat gred A. Namun, pelajar perlu titikberatkan mengenai aktiviti lain seperti pertandingan.
“Kiranya, untuk dapatkan TP 6 bukan setakat dapat A masa exam tapi kena aktif. Kalau tak masuk pertandingan bawah sekolah pun, masuk sahaja mana-mana pertandingan anjuran badan yang boleh bagi sijil dan sijil tu diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysiaa,” ujarnya.
Anak-anak yang dah biasa dari kecil dilatih naik stage lebih mudah masuk mana-mana pertandingan.
Jadi, inilah sebabnya anak-anak tidak boleh mendapat TP6 walapun keputusan peperiksaan cemerlang.
Semoga artikel ini memberi manfaat buat ibu bapa di luar sana.
Baca juga: Jangan Sesekali Bawa Anak Kecil Pergi Melawat Pesakit Di Hospital, Bahaya!
Sumber: Facebook Nor Akasyah