Famili

[VIDEO] 10 Sebab Peperiksaan Tahap Satu Dimansuhkan – Dr Maszlee

6
SHARES
pentaksiran tahap satu

Seperti yang kita tahu, mulai tahun 2019 ini, Peperiksaan Tahap Satu telahpun dimansuhkan dan ditukarkan kepada sistem Pentaksiran Bilik Darjah yang terdiri daripada permainan, projek mudah, main peranan, bercerita dan kuiz kepada pelajar.

Mungkin ada ibu bapa yang masih terkejut dan kurang yakin dengan sistem yang baru diwujudkan ini. Tak kurang juga yang masih tertanya-tanya dan bingung terhadap pelaksanaannya.

Dalam sebuah video berdurasi 1 minit 05 saat ini, Dr Maszlee, Menteri Pendidikan Malaysia telahpun merumuskan 10 Sebab Mengapa Peperiksaan Tahap Satu Dimansuhkan, iaitu:

  1. Tiada lagi penilaian seragam untuk lebih fokus kepada kepelbagaian potensi murid
  2. Guru boleh memberikan tumpuan penuh kepada tugas mendidik
  3. Murid bebas dari tekanan di awal usia persekolahan
  4. Guru dapat menyemai nilai-nilai murni dalam diri murid dengan prinsip “Values are caught and taught”
  5. Dapat membentuk karakter murid dengan kaedah learning-centered
  6. Dapat membina dan memperkukuh kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul
  7. Dapat melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah PBD yang terdiri daripada permainan, projek mudah, main peranan, bercerita dan kuiz
  8. Dapat mempertingkatkan bakat, minat, kemahiran dan sahsiah murid
  9. Guru diberi ruang untuk merancang aktiviti PBD
  10. Objektif pembelajaran berdasarkan standard yang ditentukan oleh guru mengikut keadaan dan keperluan murid

Pelbagai Reaksi Diterima

Pengumuman itu mendapat maklum balas positif daripada ibu bapa yang bersetuju bahawa pemansuhan peperiksaan itu secara tidak langsung mengubah struktur pendidikan menjadi lebih baik kerana tidak membebankan pelajar.

Ramai yang berpendapat bahawa penilaian anak-anak bukan titik di mana ia membangunkan dasar pembangunan pendidikan sebaliknya satu ujian pemahaman berkenaan teori yang dipelajari. Modul pendidikan di negara seperti Jepun dan Finland sering disebut sebagai sistem yang patut dicontohi kerana menekankan pembangunan sahsiah seperti disiplin dan nilai.

Namun, ada juga yang sangsi kerana mempercayai sistem ujian adalah lebih adil dan penting untuk melihat pencapaian murid sepanjang tahun berkenaan.

“Ia sekali gus dapat membantu membentuk karakter pelajar dengan kaedah ‘learning-centered’ disamping membina dan memperkukuhkan kemahiran 4M iaitu membaca, menulis, mengira serta menaakul” menurut beliau menerusi video di bawah ini.

Video ini menerangkan 10 Sebab kenapa Peperiksaan Tahap 1 Dimansuhkan. Selari dengan pendekatan pendidikan ke arah "learning centered", bukan lagi "exam oriented". #pendidikanuntuksemua#malaysiamembaca

Posted by Dr Maszlee Malik on Saturday, 5 January 2019

 

Video ini menerangkan 10 Sebab kenapa Peperiksaan Tahap 1 Dimansuhkan. Selari dengan pendekatan pendidikan ke arah “learning centered”, bukan lagi “exam oriented”. – Dr Maszlee Malik, 6 Januari 2019

Apa Pendapat Anda?

Sebagai ibu bapa, dah tentu ramai yang prihatin dan mengharapkan pembaharuan ini dapat memberi impak positif terhadap perkembangan pelajaran mereka di sekolah.

Namun realitinya, bukan mudah nak memperkenalkan sistem baharu dalam sistem yang telah diguna pakai sejak sekian lama. Yang pasti, banyak perkara yang perlu diberi perhatian. Semoga semua yang dirancang ini berjalan lancar dan memanfaatkan masa depan anak-anak kita.

Jadi, apa kata anda?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×