Pilihan Editor

‘Terima Kasih Dr. Maszlee’- Ini Antara Senarai Transformasi Sistem Pendidikan Sepanjang 2019

114
SHARES

Dr Maszlee Malik mengumumkan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan, berkuat kuasa hari ini. Maszlee berkata beliau mengambil keputusan itu selepas mendapat nasihat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada pertemuan hari semalam.

Sebelum mengumumkan keputusannya itu, Maszlee terdahulu memaklumkan pencapaian Kementerian Pendidikan sejak menerajui kementerian itu pada Mei 2018. Antaranya bacaan semula Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU), pemerkasaan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan dasar inklusif untuk Murid Berkeperluan Khas, warga B40, anak tiada dokumen dan dasar sifar cicir yang memberi makna baharu kepada ratusan ribu murid di seluruh negara.

PENCAPAIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TAHUN 2019

Sudah pasti banyak perubahan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan sepanjang tahun 2019. Walaupun ada antaranya yang mendapat kecaman ramai pihak, kita tidak nafikan bahawa banyak juga perubahan yang positif berlaku dalam sistem pendidikan.

Senarai kejayaan dan perubahan dalam sistem pendidikan 2019:

FOKUS 1

1. 75 sekolah ditambah kelas OKU dengan pebambaan 526 kelas.

2. 51,191 pelajar B40 dapat laluan khas ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

3. RM 68.1 juta biasiswa untuk 31, 614 pelajar B40.

4. 2,636 anak tanpa dokumen mendaftar sekolah.

5. Pemansuhan peperiksaan Darjah 1,2,3.

6. Pendidikan wajib sehingga sekolah menengah.

7. 15,565 guru duka lara ditukarkan.

8. 50 peratus beban guru diringankan.

FOKUS 2

1.Penubuhan Jawatankuasa Kajian Dasar, Jawatankuasa Khas OKU, Jawatankuasa TVET, Jawatankuasa Khas Orang Asli untuk reformasi sistem.

2. 10, 208 sekolah nikmati kelajuan internet 30mbps dan 100mbps

3. Penggunaan Google Classroom

4. Peningkatan Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa

5. Peningkatan QS ranking Universiti.

6. Tahap kebolehpasaran kerja graduan TVET

7. 90% projek sekolah daif siap.

8. 1216 makmal Sains usang diperbaharui.

FOKUS 3

1. RM 455 Juta geran penyelidikan yang diberikan bertujuan menyelesaikan masalah masyarakat.

2. 14,911 tawaran kemasukan melalui Laluan Khas untuk OKU, Atlet, Orang Asli & B40.

3. SEKOLAHKU UNIVERSITIKU- Telah disertai oleh 43 sekolah, 24 universiti, 1000 peserta.

4.  Hari Akademia ditetapkan 5 Oktober, bulan Oktober sebagai Bulan Akademia setiap tahun.

5. 20 Pilihanraya Kampus di semua UA telah dikelola sendiri oleh mahasiswa.

6. Kesatuan pelajar telah ditubuhkan bermula di UIAM.

7. 43 Mahasiswa telah dilantik menganggotai Senat di 20 UA.

FASA 4

1. Kota Buku Dunia- Kuala Lumpur diiktiraf sebagai Kota Buku Dunia oleh UNESCO.

2. RM 5000 Insentif bulanan kepada Sasterawan Negara.

3. 3703 program berkaitan membaca di seluruh negara.

4. Sasterawan Fakulti- Untuk memperkenalkan Sasterawan Negara kepada anak muda.

FASA 5

1. PTPTN Mansuh senarai hitam, pelepasan kepada gaji kurang RM2ooo lupus/diskaun pelajar cemerlang dan B40, insentif cukai kepada majikan bayar semula tanpa memotong gaji pekerja.

2. UES Pasukan Petugas Dasar ditubuhkan, sebanyak 48 sesi libat urus, melibatkan 406 orang telah dijalankan dan laporan penuh akan menyusul.

*Terima kasih dan selamat maju jaya Dr. Maszlee!

Sumber : Maszlee MalikBERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×