Didik

Ramai Calon Terjejas Banjir, KPM Pertimbang SPM Dilakukan Di Luar Musim Tengkujuh!

9
SHARES
kementerian pendidikan

Semalam, berita tempatan melaporkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang pertimbang cadangan supaya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilakukan di luar musim tengkujuh.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata perkara itu akan dibincang dan diperhalusi dari semasa ke semasa.

Baca juga: Pemuda Kongsi Pencapaian Lepas Dapat Sarung Jubah Hitam ‘Rare’ UiTM, Hanya 20 Individu Sahaja Terpilih! 

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERTIMBANG UBAH BULAN SPM

kementerian pendidikan

Gambar: Bernama.

“Kita akan pertimbang cadangan ini kerana ia antara cadangan yang kita turut terima. Barang kali kita boleh lihat kerana ketika ini jadual SPM pada hujung tahun dan berdepan banjir.

“Perkara itu kita ambil kira dan kita akan perhalusi dari semasa ke semasa kerana ia melihatkan aspek prihatin daripada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas, di sini, pada Isnin.

Baca juga: Lelaki Guna Kayu & Tanah Liat Mainan, Berjaya Sekat Air Masuk Rumah, Dipuji Ramai!

Baca juga: 7 Tips Berguna Ketika Banjir Besar, Baru Tak Gelabah Rumah Masuk Air!

Calon SPM ramai yang terjejas banjir

Media sebelum ini melaporkan, seramai 5,377 calon SPM dikenal pasti terjejas akibat banjir di tiga negeri iaitu di Kelantan, Kedah dan Terengganu. Susulan bencana banjir itu, pelbagai pihak memohon peperiksaan itu ditangguh.

Seramai 402,956 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan memulakan sesi peperiksaan bertulis bermula 2 Januari hingga 6 Februari 2025.

KPM dalam kenyataan sebelum ini berkata, calon-calon berkenaan akan memulakan peperiksaan dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu yang dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 5 Disember ini.

Ia diikuti Ujian Amali Sains pada 9 hingga 12 Disember manakala Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 16 hingga 19 Disember.

Menurut kenyataan itu lagi, ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dijadual pada 31 Disember seterusnya Peperiksaan Bertulis dijadual pada 21 Januari hingga 6 Februari 2025.

Semua calon bakal menduduki peperiksaan di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara dengan 126,636 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan.

P/s: Apa-apa pun semoga calon-calon yang sedang menduduki peperiksaan SPM berada dalam keadaan selamat. Semoga maju jaya adik-adik!

Baca juga: [TERKINI] Hujan Berterusan Cecah Tahap Bahaya di Kelantan, Adakah Banjir Terburuk 2014 Bakal Berulang?

Sumber: Berita Harian

FT Image: Suara Sarawak

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×