MyKad merupakan sekeping kad pengenalan pintar yang dikeluarkan khusus untuk individu bertaraf warganegara Malaysia sahaja. Salah satu ciri-cirinya adalah mempunyai satu set nombor 12 digit yang unik sebagai nombor kad pengenalan. Di mana, setiap kumpulan digit membawa maksud seperti tarikh kelahiran, kod kelahiran negeri dan nombor siri.
Semestinya melihat pada nombor kod kelahiran negeri yang bermula dari 01 hingga 16, anda sudah boleh meneka negeri kelahiran individu tersebut. Namun, tidak ramai yang tahu selain digit tersebut sebenarnya ada lagi kod nombor lain yang menunjukkan negeri kelahiran seseorang itu.
KOD KELAHIRAN NEGERI PADA MYKAD
Perkara ini serta-merta menjadi perhatian pelayar internet, apabila terdapat sebuah hantaran yang menunjukkan senarai kod bagi negeri kelahiran di sebuah laman Facebook.
“Dulu setiap negeri ada satu sahaja kod kelahiran. Contoh lahir di Sabah kodnya 12, Sarawak 13 dan Kelantan 03. Sekarang ada dua, tiga ada yang sampai lima kod kelahiran untuk satu negeri,” ujar akaun page Buletin Kota Belud.
Reaksi pelayar internet di ruangan komen
Melihat pada gambar tersebut, rata-rata pelayar internet berkongsi pengalaman apabila kod kelahiran negeri yang dimiliki mereka tidak di antara 01 hingga 16 sehingga menimbulkan salah faham kepada orang lain apabila mengetahui butiran tersebut.
“Kebanyakan yang lahir tahun 86 dapat nombor rare ini. Saya 43, ramai ingat lahir dekat Sarawak.
“Saya kod 49, sampai ada yang cakap saya pendatang. Dia terus terkulat-terkulat lepas saya tunjuk MyKad biru depan matanya.
“Saya setiap kali bagi kad pengenalan dekat mana-mana jabatan kan, mesti mereka tanya kod 33 ini negeri mana. Saya cakaplah Pahang dan mereka terkejut!,” antara komen-komen yang ditinggalkan.
Ini pula jawapan warga maya, buat warga Malaysia yang lahir di luar negara.
“Beza negara, beza kod. Anak saya di negara timur tengah (UAE) kod 88,” ujar Fatin.
Baca juga: Elak Jadi MANGSA Projek Rumah Terbengkalai, Semak Pemaju Hartanah Dengan 4 Langkah Ini!
INFO KAD PENGENALAN MALAYSIA
Jenis kad pengenalan Malaysia
Tahukah anda, terdapat 3 jenis kad pengenalan yang dikeluarkan di Malaysia. Tiga kategori tersebut adalah MyKad, MyPR dan MyKAS. Berikut merupakan butirannya:
Ciri-ciri keselamatan MyKad
Selain itu, berikut merupakan ciri-ciri keselamatan yang ada pada MyKad seperti dikeluarkan
Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia.
MyKad generasi baharu bakal dilengkapi ciri keselamatan lebih canggih
Sementara itu laporan berita tempatan pada 20 November baru-baru ini menyatakan, kerajaan kini dalam fasa akhir memuktamadkan perolehan kad pengenalan generasi baharu yang dipertingkatkan dengan ciri keselamatan lebih canggih bagi menggantikan kad lama yang diperkenalkan sejak 2012.
Ia mempunyai ciri keselamatan terkini, selamat dan dipertingkatkan selari dengan perkembangan teknologi keselamatan semasa sebagai langkah kerajaan membendung kes cubaan memalsu dan menyalahgunakan kad pengenalan. Antara ciri-ciri terbaru MyKad adalah:
- Dilengkapi ciri keselamatan lebih canggih
- Diperbuat daripada bahan polikarbonat yang telah diuji ketahanan di makmal bertauliah
- Dilengkapi dengan cip keselamatan berkapasiti storan lebih besar
- Piawaian keselamatan dan penyulitan data yang dipertingkatkan
- Rekabentuk kad lebih moden dengan elemen seperti laser dan hologram yang lebih maju
Baca juga: Anak Tak Boleh Masuk MRSM Jika Ibu Bapa Dalam ‘Blacklist’ MARA – Datuk Rubiah Wang