Gara-gara tak sabar nak beli rumah, terus sahaja menurunkan tanda tangan dengan pemaju perumahan tanpa menyemak latar belakang syarikat tersebut. Natijahnya, projek perumahan terbengkalai dan duit pun hangus begitu sahaja.
Tiada siapa yang menginginkan mimpi ngeri ini berlaku! Jadi, salah satu cara yang boleh dilakukan ialah dengan menyemak latar belakang pemaju perumahan yang bertanggungjawab bagi projek perumahan tersebut.
Jom, ketahui apa yang anda perlu lakukan sebelum membuat komitmen untuk membeli hartanah.
Baca juga: Awak Yang Bujang Jangan Kalut Nak Kahwin, Ini Prof Kongsi 5 Teknik ‘Simulasi’ Pilih Pasangan Hidup!
PEMAJU PERUMAHAN
1. Cari maklumat syarikat pemaju perumahan di SSM
Mula-mula, buat carian syarikat pemaju perumahan di laman web ssm-einfo. Hal ini kerana, syarikat yang menjalankan perniagaan di Malaysia perlu mendaftar di SSM atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Jangan lupa untuk mendaftar akaun terlebih dahulu dan membuat bayaran bagi dokumen yang diperlukan dengan melihat panduannya di sini.
Sewaktu melakukan carian, dapatkan maklumat seperti profil pemaju, sejarah projek, pencapaian, status kewangan dan sebagainya.
Pastikan juga syarikat yang didaftarkan terlibat dengan perniagaan pemajuan hartanah, bukannya berdaftar tetapi berselindung di sebalik perniagaan lain.
2. Lakukan carian di internet
Melalui carian di internet dan media sosial, anda boleh memperolehi beberapa maklumat yang dikehendaki mengenai syarikat pemaju perumahan yang dipilih.
Contohnya, anda boleh membuat carian di forum internet seperti forum Lowyat dan juga komuniti Facebook Group di kawasan perumahan tersebut.
Setelah itu, sila semak beberapa perkara seperti berikut:
- Adakah pemaju perumahan tersebut sudah mempunyai rekod buruk atau disenaraihitamkan oleh KPKT?
- Adakah pemaju perumahan mempunyai media sosial atau laman web untuk mudah dihubungi bagi sebarang soalan atau pertanyaan?
- Pengalaman pembeli rumah terdahulu yang sudah membeli projek perumahan oleh pemaju ini. Bagi cara ini, anda boleh bertanya di dalam komuniti Facebook Group kawasan perumahan yang sudah dibina ini.
- Adakah pemaju perumahan ini sudah mempunyai aduan atau reputasi tidak baik yang biasanya akan dilaporkan oleh berita setempat?
Baca juga: Jangan Terus Mengamuk Bila Kereta Kena Langgar Dari Belakang, Buat 7 Langkah Bijak Ini!
Baca juga: Ketahui 6 Cara DIY Periksa ‘Defect’ Rumah Baru, Senang Nak Tuntut Dari Pemaju!
3. Semakan di portal rasmi Jabatan Perumahan Negara (KPKT)
Jangan lupa juga untuk menghubungi pihak KPKT atau Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menyiasat tentang latar belakang syarikat pemaju perumahan, seperti prestasi dan rekod.
Malah, pihak KPKT juga sering mengemaskini senarai pemaju perumahan yang bermasalah di laman web mereka. Terdapat beberapa kategori kesalahan yang dikategorikan oleh KPKT iaitu:
- Pemaju perumahan tanpa lesen – (klik di sini)
- Pemaju terlibat dengan projek perumahan terbengkalai – (klik di sini)
- Pemaju Ingkar Award Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) – (klik di sini)
- Pemaju gagal membayar kompaun – (klik di sini)
- Projek yang melepasi tempoh Perjanjian Jual Beli – (klik di sini)
4. Pemaju perumahan mempunyai lesen ataupun tidak
Setiap pemaju wajib mempunyai lesen pemaju perumahan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan). Namun, ada pemaju yang menjalankan projek tanpa lesen iaitu projek perumahan yang dimajukan tanpa lesen daripada Jabatan Perumahan Negara.
Cara menyemak pemilikan lesen pemaju perumahan adalah seperti berikut:
- Bagi setiap iklan dan brosur iklan, perhatikan dan cari nombor lesen dan permit atau juga dikenali sebagai Advertising Permit and Developer License (APDL) atau Lesen Permit Pengiklanan Pembangunan. Pihak pemaju wajib mempamerkan nombor lesen ini di setiap iklan yang dikeluarkan dan juga pada papan projek.
- Anda boleh membuat semakan di Pihak Berkuasa Tempatan yang mempunyai data dan nombor lesen pemaju perumahan di dalam sistem OSC3+
Baca juga: Ingat ‘Rules’ Ini Jika Nak Buat Loan Beli Rumah, Elak Keluarga Porak-Peranda!
Sumber: iProperty
FT Image: Freepik