Sebelum mempunyai niat untuk membuat pinjaman perumahan, anda perlulah prihatin akan perbezaan CTOS dan CCRIS. Di mana, kebanyakan orang tidak tahu akan perbezaan dan peranan sebenar kedua-dua entiti ini.
Maka, tidak hairan ada sesetengah orang beranggapan kedua-kedua entiti ini mempunyai kuasa untuk menyenarai hitam (blacklist) individu yang mempunyai rekod pinjaman tidak cantik. Betul ke, mereka ada kuasa untuk blacklist dan apa pula persamaan serta perbezaan kedua-duanya?
Baca juga: Ketahui 6 Cara DIY Periksa ‘Defect’ Rumah Baru, Senang Nak Tuntut Dari Pemaju!
PERBEZAAN CTOS DAN CCRIS
1. Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS)
Semua laporan kredit Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit disediakan dan diuruskan oleh Biro Kredit dari Bank Negara Malaysia (BNM).
Dalam laporan tersebut, terdapat pelbagai info yang membantu institusi kewangan seperti bank untuk buat keputusan atas setiap permohonan pinjaman perumahan.
Info yang mereka boleh tengok dalam laporan CCRIS tu adalah:
- Semua pinjaman/kredit tertunggak
- Akaun perhatian khusus yang mana akaun dipantau rapat oleh institut kewangan
- Permohonan pinjaman kredit yang dah lulus atau sedang diproses dalam tempoh 12 bulan
Penting untuk anda tahu, CCRIS tidak ada kuasa untuk blacklist sesiapa. Hal ini kerana, CCRIS hanya menyediakan info dan data yang diperlukan oleh institusi kewangan untuk membuat keputusan.
Malah, info yang disediakan CCRIS bukan sahaja rekod buruk tetapi juga yang baik seperti sejarah pembayaran semula yang bagus dan pemohonan pinjaman perumahan yang diluluskan.
Baca juga: Perkongsian Bijak Wanita Ini Urus Kewangan & Berjimat, Buat Ramai Kagum & Ikut Jejaknya!
2. CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS)
CTOS merupakan organisasi persendirian atau syarikat swasta yang juga menyediakan laporan kredit dari pelbagai sumber seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), notis dari akhbar, penerbitan prosiding undang-undang dan warta kerajaan.
Ia digunakan secara meluas oleh bank dan institusi kewangan di Malaysia untuk tentukan kelayakan kredit pemohon, sama ada individu atau syarikat.
Di mana, menjadi kebiasaan institusi kewangan untuk menggunakan lebih dari satu laporan kredit untuk melihat keadaan kredit dan keupayaan pemohon membayar balik hutang.
Antara info boleh disemak dari report CTOS adalah:
- Status muflis
- Tindakan undang-undang
- Status kes
- Pemilikan dan info perniagaan
Sama seperti CCRIS, CTOS juga tiada kuasa untuk blacklist seseorang dan hanya menyediakan fakta sahaja.
Baca juga: Modal Dah Keluar Baiki Rumah Pusaka & Tiba-Tiba Waris Datang Tuntut, Peguam Beri Panduan!
Baca juga: Panduan Tukar Warna Cat Kereta Di JPJ, Ikut Cara Ini Untuk Kemaskini, Sangat Mudah!
PERBEZAAN CCRIS DAN CTOS
Perbezaan paling ketara antara dua ini adalah CCRIS datang dari badan kerajaan Bank Negara Malaysia, manakala CTOS adalah sebuah syarikat swasta.
Malah, cara pengumpulan laporan juga berbeza. CCRIS peroleh info daripada institusi kewangan di Malaysia, sementara CTOS dapatkan info kredit daripada sumber awam seperti dinyatakan di atas.
Kesimpulan
Ringkasannya, semua info yang disediakan CCRIS dan CTOS adalah sama-sama penting kerana ia menggambarkan kelayakan kewangan dan reputasi anda sebagai peminjam.
Bank yang sebenarnya akan membuat penilaian dan ‘menyenarai hitam’ permohonan anda sekiranya status CCRIS dan markah CTOS anda tidak memuaskan.
Persamaannya:
- CCRIS dan CTOS dirujuk untuk tengok kelayakan anda buat pinjaman
Perbezaannya:
- CCRIS – laporan Bank Negara Malaysia dan info dari institusi kewangan
- CTOS – laporan syarikat swasta dan info dari sumber awam
Baca juga: Ingat ‘Rules’ Ini Jika Nak Buat Loan Beli Rumah, Elak Keluarga Porak-Peranda!
Sumber: Property Guru
FT Image: comparehero / lifestylememory