Didik

Modal Dah Keluar Baiki Rumah Pusaka & Tiba-Tiba Waris Datang Tuntut, Peguam Beri Panduan!

10
SHARES
renovasi rumah

Mulanya, bila cakap lisan semua waris bersetuju dan membenarkan hajat yang seorang ini untuk renovasi rumah pusaka yang didiaminya itu. Bila ia sudah cantik dibaiki, tiba-tiba waris yang tadi datang menuntut rumah pusaka tersebut. Bukan sedikit modal dikeluarkan si seorang itu dari poketnya sendiri untuk ubah suai rumah pusaka tersebut.

Ya, situasi ini memang banyak berlaku dalam masyarakat. Jadi, apakah tindakan perlu diambil andai ia berlaku nanti? Perkongsian daripada peguam Allahyarham Salkukhairi Abd Sukor boleh dijadikan panduan.

Baca juga: Adik Menangis Tak Pandai Baca Jangan Sedih, Besar Nanti Bijak Macam Akak Ini!

RENOVASI RUMAH PUSAKA & TIBA-TIBA WARIS DATANG TUNTUT

renovasi rumah

Gambar hiasan: Khairil Azmi/ 123RF

Dah keluar modal baiki rumah pusaka, tiba-tiba ada waris nak tuntut balik rumah tersebut. Apa yang patut anda lakukan?

Kerap juga berlaku keadaan ini dalam masyarakat kita. Seseorang telah keluarkan modal puluhan ribu ringgit untuk baiki rumah pusaka peninggalan datuk atau ayah beliau.

Permulaannya tidak timbul masalah. Bahkan, semua waris bersetuju secara lisan dan membenarkan dia untuk baiki dan tinggal di rumah pusaka tersebut.

Tetapi setelah lihat rumah itu semakin cantik, maka mulalah ada dikalangan waris yang menuntut hak mereka.

Baca juga: Ini Cara Bezakan Status Tanah Hakmilik Sementara & Hakmilik Kekal, Jangan Keliru Lagi!

Tindakan yang boleh diambil

Jika keadaan di atas berlaku kepada anda, apakah tindakan yang patut anda lakukan?

Dalam kes di atas, sepatutnya sebelum seseorang membuat sebarang renovasi terhadap rumah pusaka dan bercadang untuk tinggal di rumah tersebut, dia perlulah mendapatkan PERSETUJUAN BERTULIS daripada kesemua waris.

Perlu ada satu perjanjian hitam putih yang sah antara dia dengan semua waris yang menyatakan waris-waris membenarkan dia baiki dan tinggal di rumah tersebut.

Pun begitu perlu diingatkan, walau apapun kebenaran yang telah diberikan, dari segi perundangan, memandangkan nama semua waris-waris masih lagi ada di dalam geran dan didaftarkan sebagai pemilik berdaftar tanah tersebut, maka mereka tetap mempunyai hak terhadap pemilikan tanah dan rumah yang ada di atas tanah tersebut.

Perjanjian dan kebenaran yang diberikan tidak akan menjadikan waris-waris tadi hilang hak mereka sepenuhnya sebagai pemilik terhadap tanah dan rumah tersebut.

Jika betul mahu rumah pusaka, berunding dengan waris untuk pindah milikkan tanah

Sebab itu saya lebih suka sekiranya seseorang benar-benar mahukan rumah pusaka peninggalan si mati, dia perlulah berunding dengan waris-waris untuk memindah milikkan tanah tersebut kepadanya sama ada melalui balasan kasih sayang atau secara jual beli.

Dengan cara sedemikian, hak dan kepentingannya akan dilindungi oleh undang-undang sepenuhnya. Saya fikir itu cara yang lebih selamat.

Baca juga: Panduan Tukar Warna Cat Kereta Di JPJ, Ikut Cara Ini Untuk Kemaskini, Sangat Mudah!

Baca juga: Dah 67 Tahun Malaysia Merdeka, Ini Senarai Logo & Tema Hari Kebangsaan 1970 – 2024!

BOLEHKAH SAMAN WARIS?

renovasi rumah

Gambar hiasan: Harakah Daily

Namun, jika perkara itu telah berlaku, apakah anda boleh ambil tindakan undang-undang (saman) terhadap waris-waris tersebut?

Secara umumnya, anda boleh ambil tindakan undang-undang (saman) terhadap waris-waris tersebut. Namun, anda perlulah membuktikan bahawa anda telah mendapat kebenaran bertulis daripada semua waris untuk membaiki dan tinggal di rumah pusaka tersebut.

Cuma yang jadi masalahnya adalah, apabila tiadanya persetujuan bertulis antara anda dan waris-waris, yang ada sekadar kebenaran lisan sahaja.

Namun, sekiranya anda dapat mengemukakan saksi-saksi yang boleh dipercayai untuk menyokong tuntutan anda tersebut, mahkamah mungkin boleh membenarkan tuntutan anda itu.

Masih tidak boleh menafikan hak waris kerana nama telah didaftar sebagai pemilik rumah di sisi undang-undang

Pun begitu, sebagaimana yang saya nyatakan tadi ia tidak akan menafikan hak waris-waris tadi terhadap tanah tersebut kerana nama mereka masih didaftarkan sebagai pemilik berdaftar yang diiktiraf oleh undang-undang.

Sedangkan, anda hanyalah mempunyai hak benefisial sahaja terhadap tanah dan rumah tersebut.

Apapun terpulang kepada kebijaksanaan peguam-peguam kedua-dua belah pihak untuk berhujah di mahkamah dari segi undang-undang dan tanpa mengenepikan elemen-elemen ekuiti dan kontrak lisan yang wujud dalam kes tersebut.

Keputusan akhir terpulang kepada hakim mahkamah yang bijaksana untuk memutuskannya.

Terima kasih.

 Salkukhairi Abd Sukor, Timbalan Presiden K-LITERASI.

Baca juga: Di Sebalik Kisah ‘Siput Sedut Race’, Asbab Tolong Hamba Allah Mencurah Rezeki Dia!

Sumber: Salkukhairi N Sons

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×