Nur

Hukum Guna Harta Pusaka Si Mati Sebelum Kiraan Faraid!

7
SHARES
kiraan faraid

Harta pusaka adalah apa-apa jua harta yang ditinggalkan oleh si mati, sama ada harta alih seperti wang atau tak alih seperti rumah yang si mati miliki semasa hayatnya. Namun, masih ramai di luar sana yang kurang kefahaman tentang penggunaan harta si mati sebelum kiraan faraid dilakukan.

Justeru itu, ikuti penjelasan lanjut mengenai isu ini dari Ustaz Azhar Idrus di bawah.

Baca juga: Duduk Di Antara Dua Sujud Terselit Doa Yang Tak Disangka, Ini Pengertiannya!

KIRAAN FARAID

kiraan faraid

Gambar: SolusiKini

AMBIL HARTA SI MATI SEBELUM FARAID

Soalan:

Adakah harus salah seorang dari keluarga si mati mengambil wang yang ditinggalkan oleh si mati untuk dibelanjakannya?

Saya bertanya soalan ini kerana telah terjadi perbalahan pasal perkara ini dikalangan ahli keluarga dan jiran-jiran selepas kematian bapa saudara. Sebahagian mereka berkata haram diambil wang si mati selagi belum difaraidkan dan sebahagian lagi mengatakan keluarga si mati boleh sahaja ambil wang simati tidak menjadi kesalahan kerana mereka keluarganya.

Mohon pencerahan.

Baca juga: Ini Cara Bezakan Status Tanah Hakmilik Sementara & Hakmilik Kekal, Jangan Keliru Lagi!

Jawapan:

Apabila mati seseorang dan ada meninggalkan harta, maka tertahanlah harta itu dari dibelanjakan oleh segala warisnya yang berhak. Dan haram diambil milik melainkan untuk perkara berkaitan pengurusan jenazahnya dan membayar segala hutangnya dengan Allah dan hutangnya sesama manusia dan menunaikan wasiatnya jika ada.

Setelah itu, barulah boleh dibahagikan secara faraidh kepada segala waris. Apabila segala waris mendapat bahagian masing-masing maka haruslah mereka membelanjakannya sesuka hati.

Telah menyebut oleh Imam Nawawi:

يبدأ من تركة الميت بمؤنة تجهيزه ثم تقضى ديونه ثم وصاياه من ثلث الباقي ثم يقسم الباقي بين الورقة

Ertinya: “Mula-mula bolih dibelanjakan harta simati ialah untuk keperluan pengurusan jenazahnya kemudian digunakan untuk membayar segala hutangnya kemudian menyelesaikan wasiatnya sebanyak satu pertiga dari jumlah harta kemudian barulah dibahagikan bakinya antara segala warisnya.” (Kitab Minhajul Talibin)

Baca juga: Pakai Baju Hitam Untuk Menziarahi Kematian Boleh Jatuh Haram? Sekiranya…

Contohnya:

Si mati ada meninggalkan harta berjumlah RM100 ribu, maka jika dia belum pergi haji hendaklah diambil umpama RM5 ribu untuk badal haji. Kemudian, menunaikan wasiatnya bersedekah sebanyak RM5 ribu kepada masjid, kemudian membayar baki hutang membeli rumah dengan pemaju sebanyak RM89 ribu dan tinggal bakinya sebanyak RM1 ribu untuk dibahagikan kepada semua warisnya yang sah.

Berkata Syeikh Mahalliy:

يبدأ من تركة الميت وجوباً بمؤنة تجهيزه بالمعروف، ثم تقضى ديونه، ثم تنفذ وصاياه من ثلث الباقي، ثم يقسم الباقي بين الورثة”

Ertinya: “Dimulai belanja harta peninggalan simati sebagai satu kewajipan untuk membiayai belanja pengurusan jenazahnya kemudian dibayar segala hutang simati itu kemudian ditunaikan wasiatnya satu pertiga dari jumlah hartanya kemudian dibahagikan yang bakinya antara segala warisnya.” (Kitab Kanzul Raghibin)

Oleh kerana itulah, haram para waris mengambil harta yang ditinggalkan oleh si mati sebelum dibelanjakan terlebih dulu untuk pengurusan jenazah dan hutang dan wasiat.

Menyebut oleh Mufti Jordan:

وفاء الديون من الحقوق المتعلقة بالتركة، وتقدم على الميراث، فإذا توفي شخص وترك مالاً، وعليه ديون قضيت ديونه أولاً، فإن بقي شيء فلورثته، قال الله تعالى في بيان استحقاق الميراث للوارث: (مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِي بِهَا أَوْ دَيْنٍ) [النساء/11]، فلا يجوز للورثة أخذ شيء من التركة قبل قضاء الديون، وتنفيذ الوصية بثلث ما تبقى بعد الديون، إن كان المتوفى قد أوصى.

Ertinya: “Menyempurnakan bayar segala hutang adalah hak yang bersangkutan dengan harta peninggalan mayat. Maka segala hak berkait hutang itu didahulukan atas hak-hak pewarisan. Maka apabila mati seseorang dan ada meninggalkan harta dan ada ia berhutang nescaya wajib diselesaikan segala hutangnya terlebih dahulu. Maka jika ada lebih harta selepas bayar hutang itu maka diberikan kepada segala warisnya.

Allah Taala telah menerangkan segala hak pewarisan kepada segala waris itu dengan firman-Nya: “Dan kemudian dari membayar wasiatnya yang ia wasiatkan dan hutangnya.” An-Nisak : 11

Maka tidak harus bagi segala waris mengambil suatu dari harta peninggalan mayat sebelum membayar segala hutangnya dan selepas menyempurnakan wasiatnya dari harta yang baki selepas membayar hutang jika si mati ada berwasiat.” (Majslid Fatwa Jordan)

Baca juga: Wanita Ini Bongkar 6 Jenis Penipuan (Scam) Di Tanah Suci, Jemaah Kena Hati-Hati Tau!

Kesimpulan

  • Kesimpulannya, haram diambil harta peninggalan si mati sebelum diselesaikan akan belanja pengurusan jenazahnya dan bayar segala hutangnya dan wasiatnya sama ada oleh waris atau orang lain.
  • Jika diambil hartanya buat menyelesaikan belanja pengurusan jenazahnya dan bayar hutang dan wasiatnya maka hukumnya adalah harus.
  • Jika ada salah seorang waris si mati telah mengambil sebahagian daripada harta si mati untuk dirinya, maka wajib dia pulangkan semula. Dan jika sudah dibelanjakan atau sudah binasa, maka wajib dibayar ganti harganya kerana harta itu belum halal baginya selagi belum dibahagikan menurut faraidh.

Semoga dengan keterangan ini sudah terjawab persoalan.

Wallahua’lam, Ustaz Azhar Idrus.

Baca juga: Diundang Ke Jamuan Raya Tapi Sedang Berpuasa Sunat, Perlu Ke Batal Puasa? Ini Penjelasannya

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

FT Image: puanumi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×