Nur

Pakai Baju Hitam Untuk Menziarahi Kematian Boleh Jatuh Haram? Sekiranya…

19
SHARES
ziarah kematian berpakaian hitam

Ketahuilah pergi menziarah kematian dengan berpakaian warna hitam boleh jatuh haram sekiranya, anda menukar warna pakaian sedia ada kepada warna hitam setelah mendengar khabar kematian seseorang. Kemungkinan ramai masih khilaf mengenai perbuatan ziarah kematian berpakaian hitam ini.

Melalui perkongsian dari pendakwah Ustaz Azhar Idrus, jika kebetulan seseorang itu sedang memakai pakaian berwarna hitam lalu mendengar berita kematian, harus hukumnya terus memakai pakaian tersebut. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasan di bawah.

Baca juga: Hukum Ambil Upah Tukar Duit Raya & Cara Hindari Unsur Riba, Ini Jawapannya!

ZIARAH KEMATIAN BERPAKAIAN HITAM

ziarah kematian berpakaian hitam

Gambar: Wikipedia

Hukum ziarah kematian berpakaian hitam

Memakai pakaian berwarna hitam bukan sebab berlaku kematian adalah harus kerana Nabi S.A.W pernah memakai pakaian berwarna hitam. Memakai pakaian hitam kerana meniru budaya orang kafir adalah haram kerana hadith:

” مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

“Sesiapa yang meniru/menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka.”

Baca juga: 7 Idea Hadiah Untuk Anak Berjaya Puasa Sebulan, Baru Naik Semangat Dia!

Berkata Imam ‘Izzuddin bin Abdussalam adalah harus memakai pakaian hitam sebab ia dibolehkan oleh syarak, melainkan jika dalam memakainya adalah kerana meniru/menyerupai orang-orang kafir, maka hukumnya diharamkan.

Imam Ghozali menyebut didalam Ihya ‘Ulumuddin bahwa hukum memakai pakaian hitam ketika kematian adalah haram karena termasuk tasyabbuh (menyerupai) dengan cara hidup dan pakaian orang-orang kafir.

Baca juga: Hukum Solat Dalam Keadaan Lipat Lengan Baju Atau Seluar & Status Solat, Ini Jawapannya!

Jatuh haram tatkala mendengar berita kematian lalu menukar warna pakaian sedia ada ke warna hitam

Oleh itu, jika kebetulan kita sedang memakai pakaian berwarna hitam lalu mendengar berita kematian, harus hukumnya terus memakai pakaian tersebut. Dan harus pula pergi ke tempat berlaku kematian sama ada kerana mengucapkan takziah atau sembahyang atau mengikut jenazah ke kubur.

Tetapi jika tidak berpakaian hitam lalu menukar pakaian hitam kerana mendengar berita kematian atau kerana hendak ziarah kematian, maka hukumnya adalah haram.

Begitu juga haram membuat peraturan kemestian memakai warna hitam bila berlaku kematian atau menyuruh atau berpesan kepada orang lain supaya memakai warna hitam sebab ada berlaku kematian.

Wallahua’lam.

Baca juga: Balik Kampung & Sewa Homestay Bukan Nak Larikan Diri, Tapi Aurat Kena Jaga!

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

FT Image: BERNAMA (sekadar gambar hiasan)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×