Asuh

7 Idea Hadiah Untuk Anak Berjaya Puasa Sebulan, Baru Naik Semangat Dia!

59
SHARES
hadiah anak berpuasa

Melatih anak untuk berpuasa bukanlah mudah. Oleh itu, alangkah baiknya jika mama dan papa memberikan mereka hadiah sebagai tanda penghargaan di atas usaha si kecil berpuasa selama sebulan. Mari lihat senarai idea hadiah anak berpuasa yang berjaya si kecil lakukan selama sebulan!

Baca juga: Ibu Ini Kongsi 6 Tips ‘Potty Training’ Seawal 2 Tahun, Bantu Anak Bebas Lampin Pakai Buang!

HADIAH ANAK BERPUASA

hadiah anak berpuasa

Gambar: Canva

Sebelum memberikan hadiah, jangan lupa untuk memberikan penjelasan agar mereka tidak bergantung sepenuhnya untuk mengerjakan ibadah kerana hadiah. Beritahu anak-anak bahawa pemberian ini hanya untuk menghargai keikhlasannya kerana dia ingin belajar berpuasa dan tidak bermakna mama papa akan sentiasa memberikannya pada setiap Hari Raya.

Baca juga: 7+ Tips Beli BAJU RAYA BAYI Lelaki & Perempuan, Anak Selesa Mama Papa Pun Bahagia~

1. Basikal

hadiah anak berpuasa

Gambar: freepik

Harga basikal berbeza-beza. Papa boleh memilih basikal yang bersesuaian dengan bajet anda. Tak perlu fokus pada jenama, yang penting saiznya sesuai dengan ketinggian anak supaya tak susah nak menunggangnya.

Dengan basikal ini anak boleh pergi ke sekolah seorang diri dan berbasikal dengan kawan-kawannya. Hadiah basikal juga merupakan barangan yang tahan lama supaya ia boleh digunakan untuk tahun-tahun akan datang.

2. Kasut atau beg

Biasanya, kanak-kanak mula belajar berpuasa pada usia sekolah. Ini bermakna hadiah berkaitan sekolah sentiasa relevan dan diminati oleh kanak-kanak. Hadiahkan salah satu daripadanya yang pastinya sangat berguna untuk anak papa.

3. Buku bacaan

Semasa masih kecil anak-anak juga perlu dididik untuk suka membaca. Buku bacaan seperti buku cerita dapat menyampaikan mesej moral dan menambah pengetahuan mereka.

Menanamkan hobi membaca dalam diri kanak-kanak sejak kecil akan mengurangkan kesukaan mereka untuk bermain gajet. Jika hadiah membaca buku telah menjadi perjanjian antara mama papa dan anak-anak, bawa mereka ke kedai buku untuk memilihnya sendiri.

Baca juga: 7 Snek Berkhasiat Pendamping Anak Semasa Buat ‘Homework’, Gerenti Lebih Fokus!

Baca juga: Begini Caranya Urus Kain Baju Menimbun Untuk Anak Ramai, Tips Dari Mak Kepada Para Emak!

4. Berkelah

Cuti pada Hari Raya, merupakan peluang untuk mama papa membawa anak-anak pergi berkelah. Ambil kesempatan ini untuk menghadiahkan mereka kenangan yang tidak boleh dilupakan bersama anda.

5. Pakaian baru

tips latih anak berpuasa

Gambar: freepik

Pakaian baru untuk Hari Raya bukan satu keperluan. Walau bagaimanapun, pakaian boleh menjadi pilihan hadiah untuk anak-anak yang bersemangat menjalankan ibadah puasa.

Hadiah jenis pakaian juga tidak terhad kepada pakaian muslim yang biasa dipakai pada Hari Raya. Percayalah, satu set pakaian pastinya akan menggembirakan anak-anak anda.

6. Mainan

Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun biasanya masih suka bermain. Pemberian hadiah dalam bentuk mainan langsung tidak membuatkan dia kelihatan kebudak-budakan. Cuma jenis mainan perlu disesuaikan dengan minat semasa si anak.

Kanak-kanak yang lebih besar mungkin lebih suka permainan yang mencabar seperti catur, board games atau bola. Selagi ada sisi pendidikan dalam mainan, mengapa tidak?

7. Kelengkapan ibadah

Boleh juga di rumah hanya terdapat satu al-Quran yang digunakan secara bergantian sehingga setiap ahli keluarga mengalami kesulitan untuk menanda huruf terakhir yang dibaca. Hadiah dalam bentuk peralatan keagamaan akan sangat berguna untuk kanak-kanak.

Ramadan sudah berlalu, namun semangat anak-anak untuk beribadah tetap utuh.

Baca juga: Anak-Anak Jenis Susah Nak Disuruh? Rahsianya Kena Bina Rutin Mereka Dengan 5 Cara Ini!

Sumber: IDN Times

FT Image: JGalione / Getty Images

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×