Mengunyah sewaktu belajar, merupakan salah satu kaedah untuk membuatkan anak-anak rasa seronok menyiapkan kerja sekolah. Namun, makanan yang diambil perlulah berkualiti dan bukan semberono seperti senarai snek berkhasiat untuk anak di bawah ini.
Selain anak rasa tidak bosan ketika belajar, mereka dapat memberikan tumpuan seratus-peratus bersama pengambilan pelbagai snek berkhasiat ke dalam tubuh.
Baca juga: 6 Buah-Buahan Ini Ada Sebut Dalam Al-Quran, Penuh Kebaikan & Bagus Beri Anak Makan!
SNEK BERKHASIAT UNTUK ANAK
1. Coklat gelap (dark chocolate)
Sekiranya anak-anak craving nak makan coklat, coklat gelap (dark chocolate) patut disarankan. Biarpun rasanya pahit tetapi ia bagus untuk mereka. Di mana, coklat gelap merangsang fokus anak ketika belajar dan meningkatkan mood.
Khasiat coklat gelap termasuklah kaya dengan antioksidan melawan penyakit. Kajian menunjukkan ia boleh membantu mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
2. Salad buah
Snek salad buah mempunyai pelbagai khasiat dan rasanya yang enak, pasti sukar ditolak oleh anak. Jangan lupa tambahkan yogurt atau madu kerana ia mempunyai sumber karbohidrat dan vitamin yang bagus!
3. Bar muesli
Sebaiknya berikan anak-anak bar Muesli yang kurang atau tanpa gula. Khasiatnya termasuklah sumber lemak, serat dan mineral yang sihat seperti zat besi, yang penting untuk darah mereka.
Selain itu, magnesium dalam Muesli pula membantu kesihatan usus dan otak mereka.
4. Epal dan peanut butter
Mama hiriskan epal nipis-nipis dan salut bersama mentega kacang yang sihat seperti tidak mempunyai gula tambahan.
Epal mempunyai khasiat untuk membantu menurunkan tekanan darah, kolesterol dan keradangan yang semuanya menyokong jantung yang sihat. Manakala mentega kacang, memiliki banyak nutrien baik dan khasiat seperti vitamin E, magnesium, zat besi, selenium dan vitamin B6.
Baca juga: Petua Legakan PERUT KEMBUNG Guna Daun Ketumbit, Anak Tak Nangis Lagi!
Baca juga: Ibu Kongsi 10 Menu Sumber Karbohidrat Berbeza, Tarik Selera Anak Tak Suka Makan Nasi!
5. Anggur beku

Gambar: azerbaijan_stockers
Belikan anak-anak buah anggur yang sedap, manis dan besar. Kemudian, dibasuh bersih dan simpan di bahagian sejuk beku peti sejuk.
Bagi mendapatkan manfaat anggur, berikan anak anggur hitam berbanding anggur lain. Buah-buahan yang lebih gelap cenderung mempunyai lebih banyak antioksidan.
6. Keju
Terdapat beberapa khasiat apabila anak makan keju sambil belajar seperti kalsium, lemak, dan protein yang hebat. Ia juga mengandungi jumlah vitamin A dan B12 yang tinggi serta memberikan nutrien zink, fosforus, dan riboflavin.
Boleh gandingkan keju bersama biskut, untuk menyedapkan hidangan mudah ini!
7. Popcorn
Popcorn yang tidak mempunyai gula berlebihan atau karamel sangat sesuai untuk teman anak-anak buat kerja sekolah. Ia sebenarnya tinggi serat dan boleh kurangkan risiko penyakit jantung, diabetes, beberapa kanser dan masalah kesihatan lain.
Baca juga: Bahaya 5 Makanan Ini Jika Diambil Ibu Hamil, Boleh Beri Kesan Buruk Pada Kandungan!
Sumber: Kelab Mama
FT Image: freepik