40 Minggu

Resipi Aiskrim Dari Susu Badan Ibu, Ramuan Tulen ‘Dessert’ Istimewa Untuk Anak!

9
SHARES
resepi aiskrim susu ibu

Siapa sangka dengan susu ibu, anda juga boleh menggunakannya untuk membuat aiskrim kepada anak-anak. Mungkin kedengaran janggal penggunaan ramuannya, namun tidak salah untuk mencuba resepi aiskrim susu ibu ini.

Di bawah terdapat satu resepi aiskrim susu ibu dari hasil air tangan sendiri yang boleh anda cuba. Ia sangat mudah dan sesiapa sahaja boleh membuatnya, tetapi hanya seorang sahaja yang bertanggungjawab menyediakan susu ibu.

Baca juga: 7 Manfaat Mangga Muda Buat Ibu Hamil, Patutlah Asyik Nak Gigit Buah Masam-Masam Je!

RESEPI AISKRIM SUSU IBU ‘HOMEMADE’

resepi aiskrim susu ibu

Gambar: Valeria_aksakova

Resipi aiskrim susu ibu yang disediakan ini cukup untuk satu hidangan. Anda boleh menggandakan mengikut kemahuan, bergantung pada jumlah susu ibu yang boleh dipam keluar.

Baca juga: 7 Manfaat Hebat Buah Pear Untuk Ibu Hamil, Termasuk Cegah Kecacatan Janin!

Bahan-bahan dan proses:

resepi aiskrim

Gambar: Bekas tin yang diperlukan Amazon

  • ½ cawan susu ibu
  • ½ sudu teh vanila
  • 1 sudu besar gula
  • 4 cawan ais batu hancur
  • 4 sudu besar garam
  • 1 tin saiz biasa berpenutup
  • 1 tin saiz lebih besar berpenutup
  • Sarung tangan
resepi aiskrim susu ibu

Gambar: Bellybelly

  1. Satukan susu ibu, vanila dan gula ke dalam tin kopi bersaiz biasa dan gaul hingga sebati.
  2. Tutup rapat tin dengan penutup plastiknya dan letakkan di dalam tin kopi bersaiz lebih besar.
  3. Isikan tin besar itu dengan ais hancur dan taburkan garam serta tutup.
  4. Sekarang, anda boleh menggolekkan tin dengan masa yang disyorkan adalah 15 minit atau lebih sehingga aiskrimnya menjadi.
  5. Boleh guna sarung tangan sekiranya anda tidak tahan dengan suhu tin tersebut.

Baca juga: 10 Jenis Kuih Ibu Berpantang Boleh Makan, Lain Dari Menu Biasa & Tak Bosan!

Tips berguna:

  • Garam menyebabkan ais cair sedikit menurunkan takat bekunya. Air membeku pada 32°F. Air dengan 10% garam membeku pada 20°F.
  • Anda juga boleh menggunakan beg beku plastik ziplock, selain tin dengan merujuk prosesnya di sini.
  • Kira-kira 8 minit diperlukan untuk membekukan satu hidangan campuran aiskrim.

Kaedah pemprosesan aiskrim menggunakan tin

Baca juga: Resepi Lauk Pantang Bawang & Ikan Bilis Rangup Yang Enak, Sampai Sekeluarga Ketagih!

Sumber: Food Hacks Wonder How To

FT Image: Valeria_aksakova / Depositphoto 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×