Setiap tahun, anak-anak yang masih kecil akan dilatih berpuasa bagi membiasakan diri mereka melakukan ibadat ini sebelum memasuki fasa baligh. Namun, terdapat cara yang ibu bapa boleh terapkan mengikut kesesuaian umur anak berdasarkan tips melatih anak berpuasa dari perkongsian seorang profesor sebuah universiti tempatan.
Baca juga: Aplikasi ‘Pandai’ Bantu Anak Ulang Kaji Pelajaran: Kuiz Pelbagai Subjek, Tuisyen & Ujian Penggal!
TIPS MELATIH ANAK BERPUASA IKUT UMUR
Melalui hantaran bergambar dari Prof. Dr Mohammad Aziz Shah yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris, terdapat kaedah berbeza yang boleh diterapkan mengikut kategori umur kanak-kanak. Butirannya ada di bawah.
Baca juga: 7 Snek Berkhasiat Pendamping Anak Semasa Buat ‘Homework’, Gerenti Lebih Fokus!
Tips melatih anak kecil berpuasa. Bina memori indah berpuasa penting untuk menerapkan nilai puasa. Mendidiklah nilai puasa dengan gembira.
Baca juga: 6 Buah-Buahan Ini Ada Sebut Dalam Al-Quran, Penuh Kebaikan & Bagus Beri Anak Makan!
1. 2-4 tahun
Selalu cerita indahnya puasa dan gembira berbuka dengan orang berpuasa.
2. 5-7 tahun
Ajar anak bangun sahur, niat puasa dan boleh berbuka puasa jam 9.00 pagi atau 12.00 tengah hari.
3. 8-9 tahun
Cuba puasa penuh dengan sukarela, tetapi benarkan anak buka puasa jika tidak tahan lapar kerana masih kecil.
4. 10-12 tahun
Digalakkan puasa penuh tetapi jangan paksa jika anak terlalu menderita lapar. Jangan marah dan ugut tidak boleh berhari raya.
Baca juga: Himpunan 16 Doa Harian Mudah Hafal, Boleh Diajarkan Pada Anak-Anak!
Sumber: Prof MAS Positive
FT Image: Islam.ru