‘Puzzle’ atau susun suai gambar ialah permainan yang menguji kepintaran atau pengetahuan seseorang. Dalam puzzle, penyelesai dijangka menyusun kepingan dengan cara yang logik, untuk mencapai penyelesaian teka-teki yang betul atau menyeronokkan.
Terdapat pelbagai jeniz puzzle yang dijual di pasaran selaras dengan pelbagai peringkat umur kanak-kanak. Melalui perkongsian Puan Mahfuzah Zainol terdapat sembilan manfaat yang bakal diperolehi dalam perkembangan kanak-kanak jika diberikan pendedahahan awal kepada mereka setelah bermain permainan ini. Jom baca di bawah!
Baca juga: Ini 5 Perkara Ayah Wajib Lakukan Bersama Anak, Baru Hubungan Ayah Anak Lebih Baik!
BELI PERMAINAN ‘PUZZLE’ MENGIKUT KESESUAIAN UMUR ANAK

Gambar hiasan: UChicago.Edu.
Aktiviti puzzle sangat baik dalam perkembangan kanak-kanak.
9 MANFAAT ‘PUZZLE’ UNTUK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
1. Puzzle ada banyak jenis dan ibu bapa atau guru boleh bagi anak mainan puzzle ini mengikut peringkat umur.
2. Bawah 2 tahun

Gambar hiasan: Knob Puzzle – PremiumJoy.
- Knob puzzle.
- Slot puzzle
3. 2 hingga 3 tahun
Pecahan puzzle yang sesuai ialah 2,4 dan 8 pcs.
4. 4 hingga 5 tahun
Pecahan puzzle 12, 16 dan 20 pcs (mulakan dengan bantuan dan slowly biar mereka independent buat sendiri).
5. 6 hingga 8 tahun

Gambar hiasan: LaFlaunt.
- Pecahan puzzle lebih daripada 20 pcs.
- Tangram (boleh rujuk gambar).
6. Puzzle ni sebenarnya bagus untuk:
- Cognitive skills
- Problem solving skills.
- Fine motor skills.
- Hand and eye coordination.
- Visual memory.
- Visual perception (sub component visual closure).
7. Silakan bermain puzzle dengan anak-anak anda. Buat sendiri puzzle pun boleh.
8. Jika anak tak pandai main puzzle walaupun sudah berumur 6 tahun, mulakan dengan peringkat awal bermain puzzle, knob puzzle!
9. Kemudian tingkatkan peringkat tersebut apabila mereka melepasi setiap level skills.
Sekian, sedikit perkongsian tentang puzzle.
“LEPAS DUA TIGA KALI AJAR, ANAK 3 TAHUN SAYA DAH BOLEH BUAT SENDIRI”
Sementara itu, menjengah di ruangan komen ternyata para ibu memang sudah mula mengajar anak bermain puzzle sejak kecil.
Malah, terbukti anak-anak mereka memberikan komitmen terbaik dan menunjukkan perkembangan yang terbaik selepas anak mereka bermain permainan minda ini. Hebat!
Sumber: Facebook Mahfuzah Zainol