Asuh

6 Tips Bantu Anak Pandai Bahasa Cina, ‘Parent’ Tak Fasih Cakap Bukan Halangan!

21
SHARES
Bahasa Cina

Menetap di Malaysia memberikan kelebihan kepada rakyatnya untuk berkomunikasi dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil. Justeru itu, kali ini penulis ingin berkongsikan 6 tips bantu anak anda pandai Bahasa Cina seperti dikongsikan oleh Puan Syahida Nasution.

Umum sedia maklum, kebolehan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa memberi banyak manfaat kepada diri. Hal ini termasuklah dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian, selain peroleh kelebihan dalam mencari pekerjaan.

Baca juga: Doa Untuk Anak Dilindungi, Beza Cara Baca Untuk Anak Kecil & Dewasa, Moga Mustajab!

BAHASA CINA

Bahasa Cina

Gambar: Syahida Nasution

Bila saya cakap Bahasa Cina dengan anak-anak automatik sebutan Umie jadi Mami. Saya pun tak tahu kenapa, dah terbiasa.

Alhamdulillah anak-anak saya dah mula faham Bahasa Cina. Anak yang umur baru nak masuk 4 tahun itu pun sama. Setiap kali #meksolehahsihannah nak minum air, dia akan kata 妈咪, 要喝水 (mā mī, yào hē shuǐ). Comel je, haha!

Kalau tanya saya, boleh ke mak yang tak pandai cakap cina nak anak pandai Bahasa Cina? Boleh!

Buktinya mak saya yang faham sikit-sikit saja ada kami adik-beradik yang masih lagi boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Cina walaupun belajar setakat SJKC saja.

Mari, saya kongsikan beberapa tip. Boleh tengok di bahagian gambar ya.

Baca juga: 5 Tips Didik Anak Jadi Yakin & Berani, Kritikan Melampau ‘Parents’ Matikan Rasa Ingin Tahu Mereka

Baca juga: 7 Tips Belajar ‘Last Minute’ Buat Adik-Adik SPM & STPM, Ikut Cara Ini Baru Boleh ‘Score’!

6 TIPS BANTU ANAK PANDAI BAHASA MANDARIN

1. Beri anak tonton kartun Bahasa Cina

Tak silap saya, waktu saya kecil dulu ibu saya pun gunakan kaedah yang sama. Saya pula akan tengok je. Almaklumlah, waktu itu pilihan untuk kartun lain tak ada. Maka saya akan tengok saja.

Macam anak-anak saya pula, saya juga gunakan kaedah yang sama juga. Alhamdulillah anak-anak suka. Saya ada senaraikan kartun Bahasa Cina di sini.

2. Sediakan bahan bacaan Bahasa Cina

Carikan buku-buku cerita Bahasa Cina, yang murah-murah pun okay saja. Nipis pun tak apa, yang penting HanYuPinYin ada. Insya Allah, sangat membantu mereka.

Kalau parents tak pandai baca, boleh cari buku yang ada rakaman suara dan boleh ditonton dan didengarkan cara sebutan setiap perkataannya. Macam pautan yang saya bagi ini, 38 sen saja setiap satu buku cerita. 10 buku baru 3 ringgit 80 sen tau!

Saya sendiri walaupun sudah boleh baca tulisan cina, tetaplah cari buku yang ada HanYuPinYin supaya boleh baca bacaan yang tepat untuk anak-anak saya.

3. Cipta suasana yang memerlukan komunikasi dalam Bahasa Cina

Dulu, saya tinggal di kawasan perumahan cina. Nak tak nak memang perlu sentiasa berinteraksi dengan Ahsoh sebelah rumah untuk tanya pasal kerja sekolah saya.

Play and learn konsepnya. Kalau ada anak kawan yang sama-sama sekolah cina, luaskan circle anak-anak supaya boleh belajar untuk berkomunikasi dalam Bahasa Cina.

Main di taman bersama dengan mana-mana anak cina pun okay juga.

Saya ada buat group Whatsapp untuk geng mak-mak yang nak anak pandai cakap cina. Anda yang nak jadi geng sama-sama boleh klik sini ya.

Baca juga: Pakar Kongsi 9 Tips Elak Perang Saudara, Mulakan Dari Anak-Anak Masih Kecil Baru Efektif!

Bahasa Cina

Gambar: Syahida Nasution

4. Daftarkan anak ke kelas tambahan Bahasa Cina

Kalau tak silap saya, seawal tadika lagi saya dah pergi ke tusyen kelas Bahasa Cina. Iyalah, saya ni waktu itu asas pun tak ada. Kena usaha lebih banyak daripada rakan sekelas yang memang berbangsa cina.

Bukan itu saja, kelebihannya tempoh berinteraksi dengan Bahasa Cina pun jadi lebih banyak daripada hadir ke SJKC saja.

Insya Allah, dalam tempoh 3 tahun saja anak-anak boleh fasih dan pandai bertutur dalam Bahasa Cina.

5. Jika mampu, bantu anak belajar HanYuPinYin juga

Ini adalah part paling penting kalau nak pandai cakap cina. Bayangkan satu bunyi yang sama ada berbagai-bagai makna, apalagi kalau anak sebut perkataan yang bunyinya tak sama.

Hanya yang tahu saja akan tahu tentang segala cabaran yang perlu dilalui ketika belajar Bahasa Cina. Maka, kalau parents boleh turut serta Insya Allah sangat membantu anak-anak kita.

Jangan lupa, group support mak-mak yang nak anak pandai cakap cina boleh klik sini ya. Kita belajar sama-sama.

6. Muat turun aplikasi Pandai untuk anak-anak ulangkaji

Ada macam-macam subjek dalam ni termasuk Bahasa Cina. Paling best sekali, aplikasi Pandai ini menggunakan silibus KPM juga. Ada quiz dan challenge untuk meningkatkan keseronokan dalam pelajaran.

Download free je! Premium version pun ada, kalau nak boleh cuba percuma selama 7 hari. Jangan lupa download ya.

Baca juga: DIY Print Sticker Nama Buku Sekolah Modal RM2.16, Ada Template Sekali!

Sumber: Syahida Nasution

FT Image: Syahida Nasution

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×