Asuh

5 Tips Didik Anak Jadi Yakin & Berani, Kritikan Melampau ‘Parents’ Matikan Rasa Ingin Tahu Mereka

5
SHARES
tips mendidik anak

Terdapat tips mendidik anak yang betul bagi memastikan si kecil tidak menerima impak negatif atas cara disiplin yang seakan ‘kuku besi’ daripada ibu bapa. Hal ini kerana, tindakan tersebut boleh mempengaruhi dan meruntuhkan sifat keyakinan dan keberanian kanak-kanak dalam tempoh membesar.

Segelintir ibu bapa suka memberikan kritikan atau memarahi anak-anak sehingga melampaui batas dan membuatkan mereka takut untuk membuat kesalahan serta mencuba sesuatu yang baru. Justeru itu, berikut merupakan 5 tips mendidik anak agar membesar dengan sifat yakin dan berani seperti dikongsikan Mohd Fhais Salim.

Baca juga: Pakar Kongsi 9 Tips Elak Perang Saudara, Mulakan Dari Anak-Anak Masih Kecil Baru Efektif!

TIPS MENDIDIK ANAK JADI YAKIN & BERANI

tips mendidik anak

Gambar: racool_studio

1. Usah melampau apabila mengkritik dan memarahi anak

Tak boleh marah atau kritik melampau kesalahan dia. Anak yang sering dimarah atau dikritik akan rasa takut pada kesalahan dan hilang keyakinan untuk mencuba.

2. Beri peluang untuk anak buat keputusan sendiri

Beri dia peluang untuk membuat pilihan atau keputusan sendiri. Anak yang di atur atur semua perkara bukan sahaja tak yakin dan tak berani, malah lemah kemahiran berdikari juga.

Baca juga: 7 Tips Belajar ‘Last Minute’ Buat Adik-Adik SPM & STPM, Ikut Cara Ini Baru Boleh ‘Score’!

Baca juga: DIY Print Sticker Nama Buku Sekolah Modal RM2.16, Ada Template Sekali!

3. Membekalkan persekitaran sihat

Sediakan ruang dan persekitaran yang sihat untuk anak membesar. Orang yang toksik, persekitaran yang toksik boleh membantutkan perkembangan otak anak.

4. Tugasan dipecahkan kepada bahagian kecil

Pecahkan tugas besar kepada tugasan kecil. Contoh, membaca. Mula dengan kenal huruf, bunyi huruf, bunyi 2 patah perkataan dan seterusnya.

5. Memuji setiap usaha kecil anak

Puji setiap usaha kecil anak. Elakkan puji kejayaan semata tapi puji juga usaha dia walaupun tak sempurna. Anak perlu tahu setiap usaha dia itu bermakna.

Baca juga: 10 Simptom Bayi Dalam Proses Tumbuh Gigi & Tindakan ‘Parents’ Perlu Ambil!

Sumber: Mohd Fhais Salim

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×