Asuh

10 Simptom Bayi Dalam Proses Tumbuh Gigi & Tindakan ‘Parents’ Perlu Ambil!

12
SHARES
simptom bayi tumbuh gigi

Bayi yang berumur 6 bulan ke atas, kebiasaannya akan mengalami proses penumbuhan gigi. Maka, amatlah penting untuk ibu bapa sentiasa peka akan simptom bayi tumbuh gigi supaya si kecil tidak berada dalam kesakitan yang berpanjangan.

Justeru itu, terdapat 10 tanda bayi sedang mengalami proses penumbuhan gigi selain tindakan yang perlu diberikan perhatian oleh ibu bapa seperti dikongsikan Nuyu Cuma di bawah.

Baca juga: Wahai Mama Papa..Ini 9 Animasi Yang ‘Confirm’ Tiada Unsur L*BT, Sesuai Untuk Anak Tonton!

SIMPTOM BAYI TUMBUH GIGI

simptom bayi tumbuh gigi

Gambar: freepik

Secara puratanya, apabila bayi mula mencecah umur 6 bulan, bukan sahaja mereka sudah boleh didedahkan dengan solid food malah penumbuhan gigi juga akan berlaku.

Ramai dalam kalangan ibu bapa yang masih tidak peka dengan reaksi yang ditunjukkan oleh si kecil apabila gigi mereka bakal tumbuh. Oleh itu, ini adalah beberapa tanda yang anda boleh ‘alert’ jika anak sudah mencapai umur 6 bulan dan bakal tumbuh gigi.

Baca juga: Pakar Kongsi Jumlah Kuantiti Makanan 6x Sehari, Dari Anak Usia 6 Bulan Hingga 6 Tahun!

TANDA-TANDA BILA ANAK TUMBUH GIGI YANG MAK-MAK KENA PERHATIKAN

Alawiah tengah sakit gusi nak tumbuh gigi, jadi Ida nak kongsi sikit simptom bayi nak tumbuh gigi yang mak kena alert. Bayi normally akan mula tumbuh gigi seawal usia 6 bulan. Namun ada yang sebelum dan ada yang agak lambat. Itu normal ya mak mak. Jangan risau sangat. Setiap anak ada tahap perkembangan tersendiri.

1. Suka menggigit

Anak mula menggigit mainan atau apa sahaja barang dipegang.

2. Air liur meleleh

Air liur ini berfungsi membasahkan gusi bayi.

3. Suka memasukkan jari dalam mulut

Tumbuh gigi adalah satu proses yang tidak selesa. Jadi, bayi memasukkan jari dalam mulut untuk melegakan sakit gusi.

4. Ruam muka

Ini terjadi kerana air liur yang meleleh dan kulit bayi sensitif. Jadi keraplah lap air liur anak ya.

5. Kerap menangis

Proses yang sakit dan tidak selesa ini buatkan anak asyik menangis dan tidak selesa.

Baca juga: Ibu Kongsi 10 Menu Sumber Karbohidrat Berbeza, Tarik Selera Anak Tak Suka Makan Nasi!

6. Menarik telinga

Kesakitan gusi itu kekadang membawa ke telinga. Membuatkan anak memberi reaksi tarik telinga untuk melegakan kesakitan.

7. Kurang selera

Perkara ini paling merumitkan sebab confirm anak tak nak buka mulut sebab gusi sakit untuk makan.

Mak-mak boleh sediakan buah yang disejuk beku untuk anak legakan sakit gusi. Bancuhkan bayi bubur untuk mudah telan makanan, instead of kunyah. 

8. Batuk dan muntah

Air liur yang terkumpul di anak tekak menyebabkan anak terbatuk dan kadang-kala muntah. Mak mak tak perlu risau hanya perlu pantau anak demam atau tidak.

9. Demam

Bagi bayi yang kurang sistem pertahanan, sakit gigi boleh membuatkan bayi mula demam dan panas badan. Mak mak perlu pantau suhu anak dan berikan ubat demam mengikut sukatan atau boleh bawa jumpa doctor jika berlarutan.

10. Tak tidur malam

Sakit gusi sebabkan nak tumbuh gigi selalu terjadi pada waktu malam. Ini membuatkan anak terjaga malam dan sukar untuk tidur.

Baca juga: 6 Idea Hias Bilik Tidur Anak Dengan Elemen Haiwan, Baru Ada ‘Vibe’ Safari!

APA MAK MAK BOLEH BUAT?

simptom bayi tumbuh gigi

Gambar: Antara jenis mainan ‘teething’ untuk bayi – Nuyu Cuma

  1. Berikan teething toys pada anak. Boleh dapatkan di kedai bayi. Bagi anak gigit untuk kurangkan sakit bengkak gusi.
  2. Berikan makanan yang sejuk. Contoh, buah pisang atau epal yang dipotong kecil dan sejukkan dalam peti.
  3. Basahkan gusi anak dengan tuala yang direndam air suam.
  4. Tekapkan sudu sejuk untuk kurangkan rasa kebas gusi.
  5. Pelukan ibu ubat mujarab. Jadi mak mak ada anak yang sakit tu kerapla peluk anak untuk legakan kesakitan mereka.

Bila anak dah ada gigi, penjagaan itu penting. Makanan anak elakkan gula ya, demi menghasilkan gigi yang kuat dan sihat. Kerap membersihkan gigi anak terutama selepas makan dan sebelum tidur. Amalkan permakanan yang seimbang dan berkhasiat. Antara vitamin yang membantu pertumbuhan gigi yang cantik:-

  • Vitamin A – boleh dapatkan daripada telur, mangga, sweet potato
  • Vitamin D – cendawan, ikan salmon
  • Vitamin K2 – keju
  • Vitamin E – bayam, broccoli
  • Vitamin B – daging, sayuran hijau

Baca juga: Selalu Marah Anak Hingga Timbul Rasa Tak ‘Best’, Ini 5 Tips Untuk Ibu Bapa!

Sumber: Nuyu Cuma via Resepi Bayi Dan Tips

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×