Asuh

Proses Tumbuh Gigi (Teething) Jadi Punca Bayi Demam Panas? Rupanya Macam Ini…

10
SHARES
bayi tumbuh gigi demam

Apabila bayi sudah mencapai usia sekitar 6 bulan, mak ayah akan melihat mereka sedang di dalam proses untuk pertumbuhan gigi. Seronoknya bila tengok si kecil sudah ada satu gigi kerana ini menunjukkan mereka berada di dalam fasa tumbesaran yang sihat. Tapi, orang cakap kebiasaannya bila bayi tumbuh gigi demam panas?

Risau juga kalau si kecil secara tiba-tiba mengalami demam panas bukan? Jadi, bagi mempersiapkan ibu bapa dari panik, berikut merupakan penjelasan dari pakar.

Baca juga: Trend Daftar Nama Anak Tanpa ‘Bin’ Atau ‘Binti’ Katanya Urusan Lagi Mudah…

BETUL KE BAYI TUMBUH GIGI DEMAM PANAS?

bayi tumbuh gigi demam

Menurut perkongsian dari Dr. Siti Sarah Aishah di lama Twitternya, ramai yang bertanyakan adakah bayi akan mengalami demam panas ketika pertumbuhan gigi? Hal ini kerana ramai dalam kalangan mak ayah yang risau jika tidak membuat persiapan yang secukupnya.

1.Mari kita lihat , adakah tumbuh gigi (teething) boleh menyebabkan demam panas?

Fakta: Mengikut kajian di AAP – American Academy of Pediatric, tumbuh gigi tidak akan menyebabkan demam panas.

2. Kenapa bayi akan demam panas dan tak nak makan?

Fakta: Tumbuh gigi berlaku umur 4-6 bulan.

-Umur ini mereka mula start mouthing ( masukkan barang asing dalam mulut) dan ini menyebabkan risiko jangkitan kuman.

3. Passive immunity berkurangan kerana antibody dari susu ibu kepada baby turun.

4. Kebanyakkannya bayi mengalami tumbuh gigi pada usia 6-12 bulan. Namun, tak semua bayi sama. Ada yang lebih cepat, ada juga yang lebih lambat. Pada usia 2-3 tahun, gigi susu bayi akan lengkap dengan jumlah 20 gigi.

5. Cara untuk mengurangkan kesakitan jika tumbuh gigi:

– memberikan teether

– mengurut gusi

– memberi hidangan yang sihat dan sejuk

bayi tumbuh gigi demam

 Sekiranya anak anda demam melebihi 38 Celcius, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut kerana risau jangkitan kuman boleh berlaku ketika waktu tumbuh gigi.

Sumber: Twitter Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×