“Kenapa badan menggigil tiba-tiba ni? Padahal tak rasa panas dan demam pun…”
Ini merupakan antara situasi yang akan berlaku kepada kebanyakan orang apabila badan rasa menggigil secara tiba-tiba. Tanpa angin tanpa hujan dan tiada rasa nak demam, badan anda seolah-olah memberi reaksi yang tidak stabil dan anda tidak tahu apakah puncanya. Risau juga kan?
Baca juga: Kisah Perjuangan Celine Dion Lawan Penyakit Aneh ‘Stiffness Person Syndrome’, Ini Tandanya!
5 PUNCA BADAN MENGGIGIL TAPI TAK DEMAM
Oleh itu, berikut merupakan 5 tanda badan anda menggigil dan perlu dapatkan rawatan pakar kalau kerap berlaku.
1. Kesan ubat tertentu
Menggigil tanpa demam boleh disebabkan oleh pengambilan ubat tertentu atau gabungan ubat. Dilaporkan oleh Healthline, ini juga boleh berlaku jika anda menggunakan ubat klinikal, suplemen herba atau ubat preskripsi pada dos yang salah.
2.Jangkitan penyakit seperti malaria
Selalunya, menggigil dan demam akan berlaku bersama-sama, namun kadangkala menggigil boleh berlaku sebelum demam muncul. Ini mungkin berlaku sebagai tindak balas kepada sebarang jangkitan, tetapi antara simptom malaria yang sering berlaku ada tiga peringkat:
-Tahap sejuk (menggigil)
-Tahap panas (demam)
-Tahap berpeluh
3.Hipotiroidisme
Hypothyroidisme atau tiroid kurang aktif ialah kelenjar tiroid yang tidak menghasilkan hormon yang mencukupi yang diperlukan untuk mengawal tahap metabolik atau menyokong kesihatan keseluruhan. Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan sensitiviti kepada rasa sejuk, mengakibatkan anda menggigil. Gejala tambahan yang berkaitan dengan hipotiroidisme termasuk:
-Bengkak muka
-Peningkatan berat badan secara tiba-tiba
-Kuku, kulit dan rambut kering
-Kelemahan otot, sakit, atau kekakuan
-Perasaan sedih atau kemurungan
-Masalah dengan ingatan
-Sembelit.
4.Hipoglikemia
Hipoglisemia atau paras gula darah rendah mencetuskan tindak balas tekanan badan yang boleh mengakibatkan menggigil. Selain itu, tanda lain yang anda boleh lihat adalah:
-Mudah tersinggung
-Degupan jantung laju
-Sensasi kesemutan di sekitar mulut
-Kekeliruan
-Sawan
-Penglihatan kabur
5.Reaksi emosi
Anda juga boleh menggigil apabila mengalami reaksi emosi yang mendalam atau sengit terhadap sesuatu situasi. Emosi yang boleh menyebabkan menggigil termasuk kebimbangan dan ketakutan.
Menggigil juga boleh disebabkan oleh pengalaman yang sangat menyentuh dengan cara yang positif, contohnya mendengar muzik atau kata-kata inspirasi. Ini kadangkala dipanggil “frissons” atau “goosebumps”. Jenis tindak balas emosi ini mungkin disebabkan oleh mekanisme neurologi yang mencetuskan pembebasan dopamin.
*Jangan risau, bukan nampak hantu sahaja anda boleh menggigil ya..
Baca juga: Elak Rebah Di Pintu Klinik, Ini Rawatan PANTAS Bila Mabuk Terlebih Makan Durian!
Sumber: IDN Times
Foto: Self.com