Sihat

Doktor Saran Amalan Mandi Sebelum Subuh Macam Ajaran Rasulullah SAW, Otak Aktif!

9
SHARES
mandi sebelum subuh

Menjadi kewajiban dan kebiasaan dalam kalangan orang Melayu terutama sekali dalam ajaran Islam, menjaga kebersihan diri seperti mandi menjadi keutamaan. Terutama sekali bagi kita yang berada di dalam negara bercuaca panas, mandi air sejuk merupakan kelegaan yang penuh dengan nikmat! Namun, tahukah anda bahawa mandi sebelum Subuh juga amat disarankan dan merupakan ajaran Rasulullah SAW?

Malah, pakar kesihatan dari Barat juga telah memperakui bahawa amalan mandi sebelum Subuh ini mempunyai banyak manfaat seperti perkongsian Dr.Erna di bawah.

Baca juga: Nak Elak Selalu Kena Gigit Nyamuk? Kajian Cadangkan Tukar Jenis Sabun Mandi

KELEBIHAN MANDI SEBELUM SUBUH MACAM AJARAN RASULULLAH SAW

mandi sebelum subuh

Rasulullah SAW dah lama ajar kita untuk mandi sebelum Subuh sebab air yang sejuk akan menyegarkan dan baik untuk tubuh badan kita. Masa saya di Russia dulu, cikgu pakar kulit semua terkejut bila pelajar Malaysia ni mandi hari hari sampai 2-3 kali walaupun masa tu tengah peak winter (musim sejuk).

Winter tempat saya yang terpaling sejuk pernah kami lalui adalah -35. Memang beku! Tapi sebagai Muslim, kita memang diajar menjaga kebersihan. Terutama bila nak solat. Jadi, kami pun masak air untuk dijadikan air mandi. Tapi kadang tu kalau malas, belasah je air sejuk tu. Memang aktif otak terus!

Untuk pengetahuan anda, orang sana tak mandi hari-hari. Kadang seminggu sekali je mandi. Mereka cuma cuci muka dan apa apa yang patut. Sambung cerita, pakar kulit pun kata air panas tak bagus untuk kulit. Sabun selalu pun tak bagus untuk kulit sebab nanti kulit jadi kering. Ini saya setuju. Antara lebihan lain:

-Mengurangkan keradangan dan bengkak
-Mengurangkan sakit kronik pada sendi dan sakit otot
-Tingkatkan sistem imun anda
-Menggalakkan peningkatan kesihatan secara keseluruhan
-Metabolisme yang lebih baik dan penurunan berat badan yang sihat
-Meningkatkan sensitiviti insulin dan mengurangkan risiko diabetes jenis 2
-Bantu melawan gejala kemurungan

Tapi mandi eloklah mandi hari-hari dan mandilah dengan air biasa. Kita di tempat khatulistiwa, tak guna air panas pun inshaAllah ok saja. Lebih segar! Agama kita dah lama ajar kita perkara perkara asas ni sebenarnya. Rasulullah SAW mandi air sejuk, makan minum sedikit, tidak maki hamun, tidak merokok, bersolat jemaah di masjid, rajin berjalan kaki, aktif dan sentiasa senyum.

mandi sebelum subuh

*Ya, kita bukan nabi dan rasul tapi kita boleh mencontohi setiap amalan Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian kita. Kan?

Baca juga: Cara Tanam Pokok Pegaga Supaya Daun Subur & Lebar Macam Sayur Sawi!

Sumber: Dr.Erna Nadia

Foto: Onmanorama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×