Dapur

Petua Hilang Letih Badan Paling BERKESAN, Masa Mandi Jirus Air Rebusan Ini!

8
SHARES
daun serai wangi

Serai wangi merupakan sejenis rumput berbau wangi yang dikatakan banyak kegunaannya dalam amalan perawatan tradisional. Ia termasuklah air rebusan daun serai wangi yang dicampur daun gendarusa dan lada hitam untuk memandikan kanak-kanak selepas bersalin.

Namun, ketahuilah serai wangi sering digunakan pada bahagian luar tubuh tidak seperti serai makan yang boleh dimakan.

Baca juga: Petua Orang Dulu Minum Air Pandan Tanpa Campur Bahan Lain, Boleh Kawal Gout & Diabetes!

DAUN SERAI WANGI ‘UBAT’ HILANG LETIH & PENAT BADAN

daun serai wangi

Gambar: Noor Azira Hasan

Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai penawar hilang letih dan penat badan seperti dikongsikan oleh Noor Azira Hasan di bawah.

Malah, Noor Azira juga berkongsi resipi air mandian petua tradisional hilangkan letih badan yang menggunakan daun serai wangi sebagai salah satu bahannya.

Menurutnya, amalan ini boleh menghilang segala rasa penat dan letih selain tubuh badan berbau harum. Bahkan, aroma air rebusan tersebut juga mampu mengharumkan segenap rumah anda dan terasa lebih tenang.

Jom cuba!

Baca juga: Petua Rawat BATUK KERING Gatal Merenyam, Guna 1 Bahan Rahsia Ini, Terus Batuk Hilang!

Baca juga: Petua Kurangkan Berat Badan Guna 4 Bahan Mujarab, Perut Boroi ‘Hilang’ Lepas Minum!

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

  • Seikat daun serai wangi
  • Limau purut
  • Daun pandan
  • Daun lengkuas
  • Daun inai.
  1. Rebus kesemua bahan sampai naik wangi.
  2. Campurkan dengan sebaldi air sejuk
  3. Mandi air tersebut.

Baca juga: Lepas Seminggu Tak Kebah, Lelaki Cuba Petua Surutkan Demam Virus & Ternyata Berkesan!

Sumber: Noor Azira Hasan

FT Image: Noor Azira Hasan / Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×