Dapur

Petua Orang Dulu Minum Air Pandan Tanpa Campur Bahan Lain, Boleh Kawal Gout & Diabetes!

10
SHARES
air pandan

Masalah kesihatan seperti kencing manis, kolesterol dan gout boleh menyebabkan seseorang itu merawat dirinya dengan pelbagai jenis ubat. Namun, penyakit-penyakit ini juga boleh dikawal dengan minuman air pandan.

Kalau nak tahu, air rebusan daun pandan banyak memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan. Walau bagaimanapun, ia perlu diamalkan dengan bersederhana dan cara yang betul.

Baca juga: Petua Rawat BATUK KERING Gatal Merenyam, Guna 1 Bahan Rahsia Ini, Terus Batuk Hilang!

AIR PANDAN BANTU KAWAL KADAR GULA, KOLESTEROL & GOUT

air pandan

Gambar: Azad Jasmi

Melalui perkongsian petua air pandan oleh Azad Jasmi, selain masalah tiga penyakit di atas, ia juga boleh memudahkan diri membuang air besar. Jadi kalau nak cuba, resipi minuman air pandan ada di bawah.

Petua turunkan kadar gula dan kolesterol serta gout oleh Azad Jasmi | 4 Nov 2022

Saya baru mendapat petua ini dari seseorang yang menghadapi sakit kencing manis bertahun-tahun serta tahap kolesterol yang tinggi.

Beliau memberitahu saya sejak 3-4 bulan lepas kadar gulanya berada pada tahap “20” ke atas dan ada masalah “gout” serta bisul selalu naik di badan disebabkan kadar gula yang tinggi.

Selain itu, beliau juga ada masalah sakit lutut. Umur beliau 62 tahun.

Namun beliau menyatakan, pada 4 bulan lepas beliau amalkan minuman air daun pandan tanpa masukkan sebarang campuran lain. Hanya air rebusan daun pandan.

Baca juga: Petua Kurangkan Berat Badan Guna 4 Bahan Mujarab, Perut Boroi ‘Hilang’ Lepas Minum!

Ini cara-caranya menurut beliau:-

  1. Ambil 10 daun pandan dan rebus dalam periuk.
  2. Daun pandan itu boleh dipotong atau biarkan tanpa potong.
  3. Masukkan air penuh dalam periuk dan rebus sehingga air pandan jadi kekuningan.
  4. Bila rebus, air dalam periuk akan berkurangan separuh jadi tambah lagi separuh sehingga penuh.
  5. Ulang tambah air 1-2 kali sehingga air rebusan menjadi kekuningan.
  6. Simpan air dan boleh diminum secara suam atau sejuk.

Beliau simpan dalam jar dan minum segelas pagi, segelas tengah hari dan segelas malam.

Baca juga: Lepas Seminggu Tak Kebah, Lelaki Cuba Petua Surutkan Demam Virus & Ternyata Berkesan!

Kesan selepas 3 minggu mengamalkannya:

Selepas 3 minggu beliau minum dan sehingga sekarang kadar gula dah turun ke 5. Beliau dah tak makan ubat diabetes, tiada lagi gout dan tiada sakit lutut.

Selain itu, masalah susah buang air besar (beliau biasanya ambil masa 3-4 hari sekali untuk buang air besar, namun sekarang setiap hari beliau buang air besar).

Bagi yang sihat tanpa diabetes juga boleh amalkan tapi segelas sehari kerana bimbang akan turunkan tahap gula terlalu rendah yang jadi “hypo”.

Saya belum mencuba namun saya ingin kongsikan agar masing-masing dapat manfaat, Insha Allah. Semoga Allah merahmati usaha kita. Yang baik dari Allah dan buruk itu pasti dari saya.

Baca juga: Elak Jadi ‘Ketagih’ Makan Ubat, Ada Satu Petua Mujarab Untuk Melegakan Sakit Kepala!

Sumber: Azad Jasmi

FT Image: Klik Dokter

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×