Dapur

Lepas Seminggu Tak Kebah, Lelaki Cuba Petua Surutkan Demam Virus & Ternyata Berkesan!

38
SHARES
demam virus

Demam virus atau demam viral (viral fever) adalah istilah untuk sekumpulan jangkitan virus yang menjejaskan kesihatan badan dan menyebabkan demam tinggi, sensasi terbakar di mata, sakit kepala, sakit badan dan kadang-kadang loya dan muntah.

Selain mendapatkan rawatan perubatan, anda juga boleh mencuba petua surutkan demam virus ini sebagai ikhtiar lain seperti dikongsikan lelaki ini.

Baca juga: Elak Jadi ‘Ketagih’ Makan Ubat, Ada Satu Petua Mujarab Untuk Melegakan Sakit Kepala!

DEMAM VIRUS SURUT LEPAS CUBA PETUA INI

demam virus

Gambar: Tok Janggut

Alhamdulillah, malam ketiga banyak dah rasa perubahan akibat demam virus yang tak kebah-kebah lebih seminggu.

Allah Maha Berkuasa. Sudah pelbagai ubat ditelan, kaedah ini jugalah banyak memberi kesembuhan dengan izin Allah SWT.

Baca juga: Dikejutkan Berita Warga Emas Maut Disengat Tebuan, Boleh Cuba 3 Petua Rawatan Awal Ini!

Bahan-bahan:

  • Garam kasar anggaran boleh selam kaki
  • Lada hitam 3 genggam yang terbaik
  • Limau nipis 7 atau 9 biji

Cara-caranya:

  1. Campurkan semua tanpa air.
  2. Hanya perahan limau dan masukkan sekali dengan kulitnya.
  3. Rendam kaki.
  4. Kemudian, gesek-gesekkan kaki sehingga garam tadi hancur dan menjadi sebati dengan air perahan limau.
  5. Baca al-Fatehah 3 kali dan ayat Kursi 9 atau 11 kali.

Baca juga: Public Health Bidas Wanita Buat Video 3 Makanan Tak Boleh Campur Pisang, Ini FAKTA Sebenar!

demam virus

Gambar: Tok Janggut

Insha Allah, boleh rasa ketara perubahannya. Apa pun niatlah pada Allah Yang Maha Penyembuh.

Jika kaki rasa seperti melecur tekena api, segeralah cari perawat rawatan Islam. Jika tidak Alhamdulillah, ia akan keluarkan segala toksik dalam tubuh.

Ingatlah kita usaha ikhtiar, Allah penyembuhnya.

Dan paling baik disulam dengan minum air kelapa muda tanpa gula dan air batu selama 3 hari. Sehari 2-3 biji air kelapa muda. Sama-sama kita kongsikan sedikit kebaikan.

Baca juga: “Makkk! Pedihnya Adik Terkena Air Panas” Cepat Buat 5 Cara Semula Jadi Ini Untuk Redakan Kesakitan!

Sumber: Tok Janggut

FT Image: jcomp / Tok Janggut

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×