Sejak kebelakangan ini, seringkali kita melihat orang di sekeliling kita mengalami jangkitan penyakit bernama Influenza A. Malah, bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa juga turut terdedah dengan tanda Influenza A ini. Makin ramai pula yang terkena dan menjadi ‘musim virus’.
Berikutan kes Influenza yang semakin mendadak, ini merupakan beberapa informasi mengenai jangkitan wabak ini yang anda kena perhatikan dan berwaspada.
Baca juga: Tak Sangka Daun Sireh Boleh Rawat Anak Masalah Gagap, Guna Petua Ini InsyaAllah Menjadi!
TANDA INFLUENZA A KENA TAHU
Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A (H1N1). Ia merupakan sebahagian daripada influenza bermusim (seasonal influenza).
Ok nak kongsi sikit memandangkan kes-kes influenza A meningkat mendadak kebelakangan ni.
– Ia adalah sejenis virus yang mudah berjangkit melalui cecair di udara (droplet) ketika batuk, bersin, bercakap
– Tempoh jangkitan biasanya 5-7 hari
– Kebanyakan kes adalah jangkitan ringan (mild infection)
Akan tetapi boleh menyebabkan jangkitan teruk (severe infection) pada golongan berisiko tinggi seperti :
1.Wanita mengandung
2.Kanak-kanak
3.Orang tua
4.Golongan yang menghidap penyakit kronik
Simptom-simptom influenza A adalah :
-Demam
-Sakit tekak
-Batuk dan selsema
-Letih badan
-Simptom yang tidak tipikal seperti muntah dan cirit birit boleh terjadi pada kanak-kanak, orang tua.
Jangkitan teruk boleh mengakibatkan komplikasi:
-Pneumonia (jangkitan paru-paru)
-Otitis media/sinusitis (jangkitan pada telinga)
-Encephalitis (jangkitan otak)
-Myositis / rhabdomyolysis (keradangan otot)
-MODS – multi organ dysfunction (kerosakan organ eg kidney, liver)
Langkah pencegahan perlu diambil untuk mengelakkan penularan kepada golongan-golongan berisiko, yang boleh mengakibatkan komplikasi fatal.
-Pakai mask sekiranya bergejala
-Tutup mulut dengan sapu tangan/tisu ketika bersin
-Kerap cuci tangan
-Influenza vaccine
Rawatan / treatment :
– Antiviral – tamiflu
-Pastikan badan kekal hidrasi
-Berjumpa dengan pakar
*Jadi, jaga diri elok-elok di musim penyakit ini. Kalau mak ayah pun ‘terkandas’ macam mana nak jaga anak pula kan?
Baca juga: Haid Datang Sehari Sahaja Normal Atau Tidak? Rupanya Ini Punca Ramai Tak Sangka..
Sumber: Faiz Mashood