Sihat

Tak Sangka Daun Sireh Boleh Rawat Anak Masalah Gagap, Guna Petua Ini InsyaAllah Menjadi!

3
SHARES
khasiat daun sireh

Sudah pasti ramai dalam kalangan kita terutama sekali dalam petua kesihatan tradisional orang Melayu, menggunakan daun sireh sebagai alternatif utama. Sudah pasti banyak khasiat daun sireh ini bukan sahaja untuk kesihatan orang dewasa, malah turut bermanfaat bagi kesihatan anak-anak yang gagap atau sukar bercakap.

Macam mana agaknya cara untuk merawat anak gagap dan sukar bercakap ini dengan menggunakan daun sireh ya? Jom ikuti petua yang dikongsikan di bawah.

Baca juga: Amal 5 Doa Indah Ini Iring Suami Setiap Kali Ke Tempat Kerja, InsyaAllah Selamat Sampai..

KHASIAT DAUN SIREH BOLEH RAWAT ANAK GAGAP & SUSAH BERCAKAP

khasiat daun sireh

Ramai dalam kalangan mak ayah sudah buntu dengan rawatan untuk menggalakkan anak-anak bercakap dengan lancar. Jadi, boleh cuba kaedah rawatan tradisional di bawah ini.

1. Ambil sehelai daun sireh yang cantik dan tidak cacat. Basuh sehingga bersih.

2. Tuliskan { Ayat 46 : Surah Ali ‘Imran } dengan jari telunjuk di atas daun sireh tersebut. Niat dalam hati supaya anak kita atau pesakit ini dapat berbicara dengan fasih. Tulisan ayat tidak berbekas , cuma Ma’rifat atau bayangkan tertulis di atas daun sireh tersebut.

3. Sapukan daun sireh tersebut secara perlahan-lahan ke mulut anak.

4. Lakukan ilmu ini pada hari jumaat untuk kesan yang cepat kerana lebih afdhal.

Bismillahirrahmaanirrahiim

Dan (dia) berbicara dengan manusia dalam buaian dan ketika sudah dewasa dan dia termasuk di antara orang-orang yang soleh. – QS. ALI ‘IMRAN : ( 3 : 46 )

( * Dia : dalam Ayat ini ialah : Al Masih ‘Isa Putera Maryam * )

khasiat daun sireh

*InsyaAllah petua ini sangat mujarab untuk ikhtiar merawat anak-anak. Selamat mencuba!

Baca juga: Teknik RAHSIA Buat Cekodok Pisang Rangup, Kurang Berminyak Dan Gebu!

Sumber: Siti Page via Doa Petua Dan Amalan Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×