Cantik

Hilangkan Eye Bag Macam ‘Zombie’ Paling Cepat Guna Petua Sudu Sejuk, Hasilnya Wow!

1.7K
SHARES
cara hilangkan eye bag

Eye bag merupakan masalah mata yang mengalami sembap, bengkak ringan atau bengkak pada bahagian bawah mata dan kelihatan gelap. Inilah merupakan situasi yang tidak digemari oleh kaum wanita kerana kelihatan kurang berseri dan seperti ‘zombie’. Jadi, macam mana cara hilangkan eye bag ini dengan cepat, mudah dan murah?

Sebenarnya tidak memerlukan kos yang tinggi kerana, ada perkongsian tips menghilangkan eye bag ini hanya dengan menggunakan sudu. Biar betul?

Baca juga: Jangan Bazirkan Uncang Teh Hijau Yang Dah Minum, Boleh Guna Untuk Hilangkan Parut!

CARA HILANGKAN EYE BAG DENGAN MUDAH DAN MURAH!

cara hilangkan eye bag

Akhirnya Kak Bib jumpa juga ngan petua yang senang dan serasi nak hilangkan eye bag ni. Eye bag ini dah lama sangat bergantung dekat bawah mata ni. Nak jual takde sapa nak beli. Nak sedekah pun takde yang sudi.

Dah cuba macam-macam petua. Tepek timun, letak kentang, letak teh uncang, eye bag ni tak juga kurang. Degil yakmat.
Last last, jumpa tips omputeh ni. Guna sudu saja. Pergh, tak sangka. Yang paling simple ni la yang paling best. Sekejap saja eye bag tu jadi kurang sesangat.

-Hanya kena ada sudu makan.

-Masukkan sekejap dalam freezer. Agak agak dalam 5 minit saja dah cukup.

-Pastu, keluarkan. Belah belakang yang melengkung tu kita tekapkan kat mata. Biar sampai sudu tu hilang sejuk.

Haritu eyebag kak Bib size L. Bila ulang ulang buat, terus jadi size S. Memang amazing betul la. Ingat tau. Tekapkan sudu tu kat mata. Bukan korek mata. Kang, lain lak jadinya.

Dr Rinky Kapoor yang merupakan Consultant Dermatologist, Cosmetic Dermatologist Dermato-Surgeon, The Esthetic Clinics berkata, sudu sejuk akan membantu melegakan saluran darah di sekeliling mata dengan mengatasi bengkak. Anda pasti dapat menyerlahkan kecantikan anda dan mendapatkan penampilan yang diidamkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Debina Bonnerjee (@debinabon)

*Tak perlu berbelanja banyak-banyak bukan? Selamat mencuba!

Baca juga: Buang Jarum Susuk Lepas Pakai? AWAS, Ritual Haram Ini Sangat Menyakitkan!

Sumber: Habibah Badar Bajrai, Dr. Debina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×