Cantik

Buang Jarum Susuk Lepas Pakai? AWAS, Ritual Haram Ini Sangat Menyakitkan!

16
SHARES
susuk kecantikan

“Muka kau ni makin lawa makin berseri-seri, kau ada pakai susuk kecantikan eh?”

Inilah antara ayat yang diutarakan oleh rakan-rakan atau orang luar apabila melihat wajah kita yang dikatakan makin berseri-seri. Puncanya adalah kerana mengamalkan susuk kecantikan seperti amalan orang zaman dahulu.

Walaupun amalan ini adalah HARAM dalam Islam, namun masih ramai yang menggunakan kaedah ini untuk menarik perhatian orang dan ada juga tidak tahu sama ada susuk ini boleh dibuang atau tidak!

Baca juga: Tak Rugi Beli Tomato Banyak-Banyak Sebab Boleh DIY Scrub Tomato+Gula Paling Viral Ini!

APA ITU SUSUK KECANTIKAN? BILA DAH ‘PAKAI’ BOLEH BUANG TAK?

susuk kecantikan

Foto: insertlive.com

Susuk merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan. Pelbagai bahan boleh digunakan bergantung kepada apakah keinginan pengguna. Antara kebaikan yang kononnya boleh didapati dengan memakai susuk adalah muka sentiasa dipandang manis, tidak berusia, dan kebal.

Pemakai susuk biasanya mempunyai beberapa pantang larang seperti tidak boleh memakan beberapa bahan tertentu iaitu pisang tanduk, pisang abu, tidak boleh melintas di bawah tali kain, dan lain-lain bergantung kepada jenis susuk yang dipakainya. Susuk yang dipakai dikatakan boleh dikesan melalui perubatan moden, contohnya melalui sinar-X.

Terdapat pelbagai jenis susuk yang boleh digunakan dan diletakkan di dagu atau dahi. Antaranya yang dikelaskan menurut bahan:

-Logam
-Susuk Emas
-Susuk Perak
-Susuk Besi Susuk Raksa
-Galian Susuk Berlian
-Organik Susuk Susu

Bolehkah Jarum Susuk Dikeluarkan?

susuk kecantikan

Menurut perkongsian dari Public Health Malaysia, apabila dapat dikesan melalui perubatan moden maka jarum ini boleh dicabut keluar dengan prosedur yang sangat mudah.

1. Jarum susuk atau charm needle adalah salah satu ritual unik masyarakat di Asia Tenggara.

2. Kebiasaanya jarum emas digunakan untuk di susuk di wajah untuk menaikkan seri pengamal, digunakan sebagai pelaris perniagaan dan juga untuk melindungi diri dari perbuatan sihir.

3. Penemuan jarum susuk kebiasaannya secara tidak sengaja apabila prosedur xray dibuat untuk Prosedur pergigian atau kemalangan.

5. Dalam journal perubatan, tidak ditemui mana mana pesakit yang mengalami komplikasi akibat jarum sususk.

6. Jarum susuk pernah dikeluarkan melalui prosedur perubatan yang mudah. Ultrasound dilakukan untuk mengesan lokasi jarum, pembedahan kecil dilakukan untuk mengeluarkan jarum emas dengan mudah.

*Ngilu pula melihat proses untuk mengeluarkan jarum susuk ini bukan? Jadi, tidak perlulah susah-susah untuk memasukkan benda-benda sebegini ke dalam wajah, kalau dah rupa biasa-biasa sahaja nak buat macam mana lagi, terima sahaja.. Hmm..

Baca juga: Baru Tahu Ada Gabungan Bahan Yang Boleh Dan Tak Boleh Dalam Skincare, Kena Check!

Sumber: Public Health, Darul Kifalah

Feature image: The Rubin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×