Sudah sinonim dalam adat masyarakat Melayu mengenai mandi bunga yang dikatakan mempunyai banyak manfaat. Antara manfaat mandi bunga yang sering diperkatakan adalah ia mampu membantu seseorang menaikkan aura dan kecantikan wajah. Di samping itu, ada juga yang mandi bunga untuk mempercepatkan jodoh!
Dari sudut saintifik pula, bau harum serta warna bunga boleh menjadi terapi dalam mandian. Ia dilihat mampu memberi kesan positif khususnya dari sudut kesihatan jiwa dan emosi melalui rangsangan saraf pada hidung yang mampu membaiki mood serta sensori.
Baca juga: Ustaz Kongsi Cara Ikhtiar Rawat ‘Racun’ Dalam Badan Guna Mandian Limau, InsyaAllah Segar!
TANDA-TANDA KENA MANDI BUNGA, TAPI NIAT KENA BETUL!
Dalam ‘ritual’ ini, tujuh jenis bunga sering digunakan dalam mandian. Setiap satunya dipercayai mempunyai auranya yang tersendiri yang kononnya dapat membantu ‘pesakit’. Tujuh bunga yang dimaksudkan adalah bunga sundal malam, jasmin, kenanga, melur dan mawar. Ada juga yang dicampurkan dengan sintok dan limau purut sebagai bahan ketujuh tapi ini tiada pun tidak mengapa.
Apakah tanda yang menunjukkan anda perlu bantuan mandi bunga? Berikut merupakan senarainya:
-Seri muka dah tiada
-Muka nampak tua dari usia
-Cepat moody dan stres
-Singkirkan toksin
-Badan lesu dan letih
HARAM TAK DALAM ISLAM?
Walau bagaimanapun, tujuan mandi bunga bagi umat Islam perlulah diperbetulkan. Memetik perkongsian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, sekiranya ia mempunyai unsur syirik, khurafat dan sebagai ikhtiar mendapat jodoh, maka ia adalah haram.
Sebaliknya, ia dibolehkan bagi tujuan kesihatan, kesegaran badan dan terapi memulihkan semangat semata-mata. Ini adalah kerana sebagai umat Islam, kita hanyalah boleh meminta kepada Allah SWT. Ini sesuai dengan firman Allah SWT dalam Surah Al-Ghafir ayat 60,
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
*Mandi bunga secara suka-suka untuk wangikan badan pun boleh juga!
Baca juga: Rendam Kaki Dengan Garam Kasar + Lada Hitam Buat Angin Dalam Badan ‘Meronta’ Nak Keluar!
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan, Berita Harian, Tiktok @an.njhah