Asuh

Guna 5 Bahan AJAIB Ini Untuk Lentikkan Bulu Mata Anak Bak Mata Aishwarya Rai!

15
SHARES
melentikkan bulu mata

“Macam mana cara melentikkan bulu mata untuk bayi dan kanak-kanak ya? Besar nanti cantik bulu mata…”

Mendapatkan bulu mata yang lentik dari kecil merupakan impian sesiapa sahaja. Disebabkan bukan semua dalam kalangan kita mempunyai kelebihan berbulu mata lentik, jadi penjagaan awal dari kecil perlu dilakukan. Mama papa mana yang tak nak anak mempunyai bulu mata yang cantik dan lentik bukan?

Baca juga: Ibu, Perkenalkan Si Kecil 20 Jenis Buah-Buahan Ini, Ia Bantu Membekalkan Vitamin Yang Cukup!

CARA MELENTIKKAN BULU MATA ANAK GUNA BAHAN SEMULA JADI

melentikkan bulu mata

Tak perlu susah-susah untuk pergi buat rawatan secara klinikal kerana boleh sahaja gunakan lima bahan semula jadi di rumah dan letakkan kepada anak-anak untuk melentikkan bulu mata. Menarik juga kan nak cuba!

1.Menggunakan minyak zaitun pada bulu anak mata

Sudah pasti ramai yang mengetahui bahawa minyak zaitun mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dalaman dan kecantikan.

Minyak zaitun mengandungi kandungan polifenol yang dapat menyihatkan bulu mata khususnya buat anak-anak. Mak ayah boleh menggunakan cotton bud untuk menyapu di sekitar bulu mata si kecil.

2.Menggunakan lidah buaya

Lidah buaya atau aloe vera mempunyai kandungan Vitamin C dan beberapa mineral penting yang dapat merangsang pertumbuhan rambut termasuk bulu mata.

Kalau ada tanaman aloe vera sendiri di rumah, anda boleh pilih lidah buaya yang masih segar dan berbatang besar.Cuci dan potong ke beberapa bahagian untuk mendapatkan gelnya. Cara paling mudah adalah dengan beli sahaja aloe vera di farmasi.

3.Menggunakan petroleum jelly

Sebut sahaja kulit kering, pasti ramai dalam kalangan kita yang menggunakan petroleum jelly untuk menjaga kelembapan kulit. Namun, bukan itu sahaja, petroleum jelly juga sangat berkhasiat untuk pertumbuhan bulu mata.

Mudah sahaja, anda hanya perlu mencalit petroleum jelly di pangkal bulu mata si kecil dan biarkan semalaman. Lakukan secara rutin buat beberapa minggu untuk bulu mata anak kelihatan lebih lentik!

4.Menggunakan minyak kelapa

Minyak kelapa secara semula jadi digunakan untuk melembapkan, menyuburkan kulit, menyuburkan rambut, memulihkan dan menjaga rambut yang rosak.

Bahkan, kesan pada bulu mata adalah untuk membantu menjadikannya lebih kuat, lebih tebal, lebih panjang dan lebih gelap. Ibu hendaklah menyapu minyak kelapa pada bulu mata bayi (baris atas dan bawah) pada waktu petang sebelum tidur. Cara melentikkan bulu mata untuk bayi adalah dengan menggunakan kapas untuk menyapu minyak kelapa dan kemudian menyikat bulu mata, mengusap dari kaki ke hujung. Khasiat dalam minyak kelapa akan merangsang bulu mata untuk tumbuh lebih panjang dan lebat.

5.Makan salmon setiap hari

Ini adalah salah satu makanan super untuk ibu menyusu dan anak-anak dalam tempoh bercerai susu. Salmon sangat kaya dengan protein, asid lemak omega-3 dan ia menjadi penyumbang kepada struktur bulu mata dan rambut. Jadi, makan lebih banyak protein adalah kunci kepada bulu mata yang lebih panjang.

Ada juga mitos yang mengatakan bahawa kalau mahukan anak-anak mempunyai bulu mata yang lentik, mak ayah perlu memotong terlebih dahulu bulu mata si kecil. Ternyata ini MITOS!

*Jadi, kalau mendambakan bulu mata yang betul-betul lentik, bukan sahaja anak-anak sahaja boleh guna bahan semula jadi di atas, malah orang dewasa pun boleh. Jangan potong bulu mata ya…

melentikkan bulu mata

Baca juga: Petua Hilangkan Cacing Dalam Perut Guna Asam Keping, InsyaAllah…Mujarab Hasilnya!

Sumber: Id AsianParent, Opera News

Feature Image: Butterflykissessbyleo.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×