40 Minggu

Kalau Risau Anak Lemas, Hilang Dan Jatuh, Mak Ayah WAJIB Beli 9 Alat Keselamatan Ini!

2
SHARES
alat keselamatan diri

Seringkali kita mendengar berita tentang kes melibatkan kehilangan anak, kes kanak-kanak jatuh dari bangunan tinggi dan juga mangsa lemas. Perkara ini sangat merisaukan kerana hal ini boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja jika mak ayah tidak berusaha mencari alat keselamatan diri untuk mereka.

Tidaklah hanya bergantung semata-mata kepada alat keselamatan ini, namun usaha untuk melindungi itu ada dan melatih mak ayah supaya tidak leka. Persiapkan anak dengan 9 kelengkapan keselamatan ini setiap kali keluar dan bercuti supaya terjamin!

Baca juga: Satu Hal Pula Kena ‘Melekat’ 24 Jam, Ini Cara Untuk Mak Ayah Jaga High Need Baby Dengan Jayanya!

9 ALAT KESELAMATAN DIRI UNTUK KANAK-KANAK WAJIB BELI

Jadi, kali ini saya nak kongsikan tentang alat keselamatan yang mak ayah boleh sediakan sebelum buat aktiviti dengan anak termasuk keselamatan di rumah.

Bukan apa, memang ajal maut sudah ditentukan tak lewat sesaat pun tapi sekurang-kurangnya kita ikhtiar dan usaha dahulu. Ini senarai alat keselamatan yang wajib ada jika ada anak.

alat keselamatan diri

1. Safety Jacket 1-9 Tahun 

Kalau pergi swimming memang kena bawa life jacket sebab risau nak biarkan anak mandi dekat kolam kanak-kanak dan mak ayah di kolam orang dewasa.

2. Kids protective gear set murah

Boleh biasakan anak pakai ini semasa main basikal.

3. Seat belt motor/basikal

Kalau bawa anak naik motor bolehlah pakaikan ini, risau anak berangan mengantuk dan terlepas pelukan.

4. Baby carrier

Kalau bayi umur 1 tahun, eloklah pakai ini kalau naik motor atau basikal. Cari yang jenis macam ini, jangan beli yang kaki anak tergantung ya.

5. Anti- hilang anak/Harness

Kalau anak jenis lasak terutamanya 3 tahun ke bawah, eloklah pakai ini.

6. Baby head protection

Yang ini sesuai untuk anak yang super lasak terhantuk sana sini. 360% protection.

7. Window lock terbaik

Yang ini memang mantap, kuat sangat. Sesuai untuk rumah apartment tiada grill.

8. Sliding door lock

Jenis ini bagus untuk rumah ada sliding door dan balkoni tiada grill.

9. Cabinet lock

Kalau tak mahu anak bongkar kabinet yang ada barang bahaya contohnya bahan pencuci atau pisau eloklah kunci. Tapi tahan sampai umur anak 3 tahun sahaja.

*Walaupun sudah ada alat keselamatan yang dapat membantu melindungi anak, mak ayah jangan lepas tangan pula ya. Ingatlah bahawa kalau berlaku apa-apa, penyesalan akan berlaku sepanjang hayat anda..

Baca juga: Selamat Atau Tak Berlari Ketika Dukung Anak Dalam Baby Carrier? Ini Jawapan Pakar

Sumber: Maryam Jamadi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×