Asuh

Selamat Atau Tak Berlari Ketika Dukung Anak Dalam Baby Carrier? Ini Jawapan Pakar

40
SHARES
baby carrier

“Alamak, tertinggal barang dalam kereta..tapi dengan dukung anak dengan baby carrier ni. Lari kejap lah”

Sebelum anda lari, tahukah anda bahawa boleh atau tidak anda berlari semasa menggunakan baby carrier untuk mendukung anak? Ramai juga dalam kalangan ibu bapa menggunakan cara mendukung anak dalam baby carrier dan melakukan senaman. Katanya ini merupakan perkara biasa.

Jadi, sebelum anda terus melakukan aktiviti sebegini, jom baca perkongsian dari pakar tentang selamat atau tidak penggunaan baby carrier semasa anda berlari.

Baca juga: 11 List Barang Bayi Newborn Mama Papa Kena Standby, Mudah Kerja Nanti…

BERLARI DENGAN BABY CARRIER SELAMAT KE?

baby carrier

Anda bersemangat untuk mengamalkan gaya hidup aktif, lalu anda mengambil larian sebagai aktiviti pilihan. Namun anda ada anak. Siapa yang akan jaga mereka? Oh senang! bawa mereka bersama. Tapi bagaimana? Anda terfikir yang anda baby carrier atau baby sling. Mungkin ini masanya untuk memanfaatkannya? Persoalannya, adakah berlari dengan baby carrier/ baby sling itu selamat?

Jawapan mudahnya TIDAK. Kenapa?

Kita perlu mengetahui bahawa baby carrier mahupun baby sling dibuat supaya bayi mahupun kanak-kanak boleh dibawa dalam keadaan kita berdiri atau berjalan. Satu keadaan di mana kanak-kanak tersebut tidak banyak bergerak ketika dalam kendongan. Namun, larian merupakan aktiviti yang melibatkan banyak pergerakan berbeza dengan berjalan.

Ketika larian, badan kita lebih banyak mengunakan kekuatan otot, lebih banyak memerlukan keseimbangan dan lebih banyak melibatkan sendi.

Berlari melibatkan keadaan di mana badan kita perlu menyeimbangkan diri dengan satu kaki, ada ketika juga, badan kita terapung dengan kedua-dua kaki tidak menjejak tanah. Berlari juga melibatkan tenaga elastic dari bahagian bawah badan ke atas badan. Ketika kaki menyentuh tanah pula terdapat daya impak ke atas badan yang boleh mencecah 250% berat badan kita sendiri.

TINGKATKAN RISIKO KEPADA IBU BAPA DAN ANAK

baby carrier

Semua ini akan mendedahkan kanak-kanak kepada banyak risiko, pergerakan atas bawah (sagital movement) mahupun pergerakan tepi (rotational movement) akan menyebabkan badan bayi digoncang seterusnya memberikan risiko untuk shaken baby syndrome (keadaan apabila otak bayi digoncang). Impak daripada larian juga mendedahkan tulang belakang dan sendi mereka yang belum tubuh lengkap kepada kecederaan.

Ini belum lagi risiko kepada ibu bapa itu sendiri, ketika anda mengendong kanak-kanak, pusat graviti anda berubah, badan anda juga memerlukan lebih pergerakan dan tenaga untuk mengimbangkan badan. Anda lebih berisiko untuk jatuh dan sekiranya jatuh dan anak anda dihempap, mereka berisiko untuk mengalami kepatahan tulang.

Sekiranya anda ingin membawa kanak-kanak semasa berlari, gunakanlah jogging stroller. Sekiranya masih mahu bersenam mengunakan baby carrier, pilih senaman yang sesuai seperti berjalan, hiking, stretching, lunge dan lain-lain. Google sahaja, anda akan dapat banyak senaman yang sesuai mengunakan baby carrier.

Saya juga ada anak dan orang rumah saya juga merupakan pelari, ultramarathoner yang kena buat LSD 30km setiap hujung minggu lagi. Kebiasaannya kami bergilir, siapa yang perlu menjaga anak. Kalau pagi dia berlari, saya akan berlari petang/malam. Kalau minggu ini dia ada event, maka saya akan ambil event minggu yang lain. Kalau kedua-dua kami kena pergi event yang sama, kami tinggalkan dengan adik-beradik kami.

Kalau kedua-dua kami mahu pergi ke taman bersama-sama, kami buat interval, satu loop salah seorang akan lari, satu loop lagi salah seorang kena rest dan jalan dengan anak.

Semua benda boleh bawa bincang. Yang penting jaga keselamatan diri dan yang tersayang. Marathoner anda…

Sumber : Dr Fadly Khairie, Doktor Kesihatan Awam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×